
Jika kuku terkena arang atau getah tentu sekali kuku akan kotor dan hitam. Lumurkan kuku dengan minyak kelapa kemudian cuci hingga bersih. Selepas itu lumurkan pula isi limau nipis pada kuku. Kuku akan kembali bersih dan berkilat. Selamat mencuba.
Saturday, June 20, 2009
Limau Putihkan Kuku
Dicatat oleh aneka petua di 1:23 AM
Telur Rebus Senang Dikupas

Telur kalau tidak dikupas dengan betul tentu isi luarnya mudah terkoyak. Terdapat banyak petua mengupas telur antaranya merebus telur dengan cuka. Cara mudah lain ialah telur yang telah direbus di rendam di dalam air. Kemudian barulah dikupas. Tentu anda mudah mengupasnya. Cubalah!!
Dicatat oleh aneka petua di 1:21 AM
Minyak Lembutkan Kuih Apam

Masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam adunan kuih apam yang telah siap dibancuh dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian kukus adunan kuih apam tadi. Kuih apam tersebut akan menjadi lembut dan dimasak lebih halus serta tidak lagi melekat pada bekas acuannya.Selamat Mencuba!
Dicatat oleh aneka petua di 1:18 AM
Lembutkan Daging Ayam Kampung


Apabila memasak gulai ayam kampung cara untuk melembutkan ialah dengan memasukkan empat biji kurma ke dalam gulai. Bila masak daging ayam akan menjadi lembut
Dicatat oleh aneka petua di 1:15 AM
Menghilangkan Lebam Mata
Petua 1 : Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
Petua 2 : Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.
Dicatat oleh aneka petua di 1:04 AM
Bersihkan Cermin Mata

Bagi yang memakai cermin mata tidak perlu membazirkan wang membeli ’spectators washer’. Cuma ambil sebarang jenama shampoo rambut yang mengandungi bahan sodium laurenth sulphate dan rendamkan bingkai cermin mata di dalamnya bersama sedikit air. Dalam masa 15 minit sisa kotoran akan hilang seperti bingkai cermin mata baru.
Dicatat oleh aneka petua di 1:01 AM
Friday, June 19, 2009
Menghilangkan Kelemumur


Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Dicatat oleh aneka petua di 9:40 PM
Hapuskan Kutu


Ambil sebiji buah nona, dibasuh dan ditumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air. Kamudian sapu ramuan ini di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas.
Dicatat oleh aneka petua di 9:32 PM
Masalah Uban


Ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santan pekatnya. Didihkan hingga keluar minyak. Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba. Gunakan minyak ini setiap hari. Uban anda akan berkurangan dan rambut anda akan hitam semula.
Dicatat oleh aneka petua di 9:27 PM
Bibir Sentiasa Berseri

Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau rata-rata, minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat melihat hasilnya.
Dicatat oleh aneka petua di 9:25 PM
Atasi Wajah Berkedut
Jika kulit wajah anda berkedut, langkah berikut mungkin boleh menjadi penyelesaian. Ambil satu biji kuning telur, satu sudu kecil minyak zaitun dan lima titis perahan limau nipis. Gaul sebati dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air hangat. Lakukan secara teratur seminggu sekali. Pasti kulit wajah terasa lebih segar dan tidak berkedut lagi.
Dicatat oleh aneka petua di 9:14 PM
Simpan Ikan Tanpa Peti Sejuk

Kalau tiada peti sejuk atau kemungkinan bekalan elektrik di rumah anda terputus, ada cara untuk mengelakkan ikan menjadi busuk sekurang-kurangnya untuk tempoh sehari. Caranya dengan menggaulkan ikan itu dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Pada keesokannya basuhlah ikan itu dan masak seperti biasa. Selamat Mencuba!
Dicatat oleh aneka petua di 6:44 PM
Mengatasi Nasi Lembik


Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.
Dicatat oleh aneka petua di 6:38 PM
Hilangkan Kesan Minyak

Kesan tompokan minyak yang terkena pada pakaian berwarna putih memang sukar dihilangkan. Kerap kali juga kita menggunakan bahan peluntur sehingga ada yang memudarkan warna pakaian tetapi kesan tompokan minyak tidak juga hilang. Cara mudah untuk mengatasinya ialah sapukan sedikit marjerin pada pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan seketika barulah dicuci seperti biasa.
Dicatat oleh aneka petua di 6:26 PM
Menghalau Nyamuk


Tumbuklah beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap.
Dicatat oleh aneka petua di 6:21 PM
Tajamkan Gunting


Gunting beberapa helai daun sirih satu persatu. Anda akan dapati gunting yang tumpul itu akan tajam semula. Sementara itu untuk menajamkan mata pengisar, caranya ialah mengisar garam selama beberapa ketika. Amalkan langkah ini setiap bulan. Hasilnya mata pengisar akan sentiasa tajam.
Dicatat oleh aneka petua di 6:17 PM
Atasi Singki Tersumbat

Bagi mengatasi masalah singki tersumbat, ambil segenggam garam kasar dan letakkan dilubang singki. Gunakan air yang sedang mendidih dan tuangkan ke dalam singki tersebut. InsyaAllah singki tidak akan tersumbat lagi.
Dicatat oleh aneka petua di 6:15 PM
Hampas Teh Suburkan Tanaman


Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.
Dicatat oleh aneka petua di 6:09 PM
Wednesday, June 17, 2009
Halau Semut Dalam Gula

Letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba.
Dicatat oleh aneka petua di 9:38 PM
Elak Bekas Daripada Berbau

Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau.
Dicatat oleh aneka petua di 9:33 PM
Menyegarkan Jambangan Bunga
Cara untuk mengelakkan jambangan bunga dari cepat layu ialah dengan cara :-
- Tumbuk beberapa biji panadol hingga hancur.
- Lembabkan sedikit kapas dan sapukan dengan serbuk panadol tadi. Kemudian balutkan pada pangkal bunga dengan kertas timah.
Dicatat oleh aneka petua di 6:37 AM
Ayam Tidak Hanyir

Mereka yang gemar makan ayam, pasti tahu cara menghilangkan hanyir. Ayam dipotong dan dibersihkan, diperap beberapa minit dengan garam, asam jawa dan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih. Bubuh garam dan kunyit seperti biasa atau ramuan mengikit selera. Hasilnya ayam bertambah garing dan lazat. InsyaAllah
Dicatat oleh aneka petua di 6:33 AM
Buah Keras Atasi Rambut Gugur
- Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah keras tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.
Dicatat oleh aneka petua di 12:47 AM
Khasiat Bunga Melur
- Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata. Caranya, ambil beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rasa sejuk air ini akan
- melegakan rasa tidak selesa pada mata. Insyaallah
Dicatat oleh aneka petua di 12:40 AM
Daun Inai Banyak Kelebihannya
- Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untuk merawat luka samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka, ambil beberapa helai daun inai, tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkan pada luka untuk menghentikan pendarahan. Bagi wanita yang baru lepas bersalin atau menjalani pembedahan, makan daun inai tujuh helai pagi dan petang sehingga sembuh. Selamat Mencube!
Dicatat oleh aneka petua di 12:35 AM
Daun Senduduk Hilangkan Parut

Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian ramaskan sehingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk dan sapukan ke muka sebelum tidur.Amalkan setiap hari.
Dicatat oleh aneka petua di 12:30 AM
Elakan Ikan Goreng Melekat Di Kuali

Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan goreng anda tidak akan melekat lagi.
Dicatat oleh aneka petua di 12:22 AM
Kekalkan Kesegaran Sayur
- Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi kedalam air yang telah dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga boleh menghilangkan kotoran pada sayur. Selamat Mencuba!
Dicatat oleh aneka petua di 12:12 AM
Melicinkan Wajah
Ambil lah sehelai daun sireh dan terus saja anda menggosokkan ke muka anda.Biarkan selama beberapa minit untuk pati daun sireh menyerap ke dalam kulit wajah.
Kemudian basuh apabila sudah agak lama dan anda lihatlah hasilnya nanti.amalkan setiap hari untuk mendapatkan wajah yang licin dan berseri.
Dicatat oleh aneka petua di 12:06 AM
Saturday, December 27, 2008
Legakan Demam Panas

Ambil beberapa tangkai pucuk daun bunga raya muda dan sedikit air suam. campurkan bahan tersebut menjadi satu, ramas sehingga air suam tadi menjadi seperti lendir. lumurkan lendir bunga raya ke kepala sehingga rata kemudian bungkus dengan tuala dan biarkan semalaman. Esoknya dicuci semasa mandi , Insya-allah demam panas akan sembuh.
Dicatat oleh aneka petua di 1:04 AM
Friday, December 26, 2008
Sembuhkan kayap

Bagi yang dijangkiti kayap jangan dibiarkan berlarutan,anda boleh mencuba petua ini. Ambil segenggam beras dan daun bunga raya, beras direndam semalaman kemudian toskan airnya supaya kering. Tumbuk beras dan daun bunga raya sehingga hancur kemudian tampalkan pada kayap. Amalkan selalu!!!
Dicatat oleh aneka petua di 11:28 PM
Kicap Penawar Batuk


Untuk menghilangkan batuk cubalah petua ini, ambil sesudu kicap dan sehiris limau nipis. Perahkan limau ke atas kicap kemudian minum, ulang sehingga batuk anda hilang.
Dicatat oleh aneka petua di 11:18 PM
Petua langsing


Ada petua mudah dan murah untuk melangsingkan badan. Ambil 2 batang lobak merah dan sebatang timun lalu diparut dan perah airnya. Parutan itu dicampurkan sebiji air limau nipis dan bancuh sehingga sebati kemudian minum 2 kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.
Dicatat oleh aneka petua di 10:55 PM
Wednesday, December 24, 2008
Haid Tidak Teratur

Ambil 3 biji limau purut, 11 biji bunga cengkih dan tawas sebesar jari telunjuk. rebus semua bahan bahan ini sehingga mendidih dan setelah dingin minumlah airnya sebanyak 3 kali sehari ketika tiba masa haid. Insya-allah haid anda akan teratur pada bulan berikutnya.
Dicatat oleh aneka petua di 12:17 AM
Hilangkan bau kaki

Perahkan sebiji limau nipis ke dalam bekas yang dicampurkan bersama satu sudu cuka makan. Ambil kapas muka kemudian celup kedalam bahan tadi, gosok pada bahagian kaki dan kuku. Hasilnya dapat menghilangkan bau kaki dan juga mencantikkan kuku.
Dicatat oleh aneka petua di 12:08 AM


































