
Cara yang paling mudah lagi menjimatkan untuk membersihkan bulu ketiak ialah dengan menggunakan kapur sireh. Sapukan kapur sireh rata-rata pada bahagian kulit dan bulu ketiak dan kemudiannya biarkan ianya kering. Anda akan dapati bulu ketiak mudah dicabut dengan tangan.
Saturday, June 20, 2009
Cara Mudah Cabut Bulu Ketiak
Dicatat oleh aneka petua di 6:18 PM
Elak Rambut Daripada Bercabang
Untuk mengelakkan rambut sering pecah di hujungnya dan kelihatan tidak berseri, jangan sekali-kali membiarkan rambut tergulung dalam penggulung rambut terlalu lama. Jangan menggunakan pengering rambut terlalu kerap.
Sebaiknya setiap kali mencuci rambut, bilas sebersih-bersihnya kemudian keringkan dengan tuala kering dan beruslah rambut anda sekurang-kurangnya seratus kali sbelum tidur malam. Insya Allah rambut akan lebih berseri.
Selamat mencuba!
Dicatat oleh aneka petua di 6:13 PM
Melembabkan Kulit Wajah


Ambil Sepotong tembikai yang masak dan sejuk diperah untuk mendapatkan jusnya. Tapis dan simpan jus tembikai di dalam bekas. Tapis perlahan-lahan hampas tembikai ke seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering lalu percikkan sedikit air sejuk. Petua ini dipercayai dapat melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit awet muda.
Dicatat oleh aneka petua di 5:06 AM
Kurangkan Peluh Diwajah

Basuh wajah hingga bersih kemudian lap hingga kering. Seterusnya ambil ketulan ais dan lumurkan ke wajah anda hingga beberapa minit. Tunggu sehingga kering dan kenakan solekan pada wajah seperti biasa. Peluh di wajah akan berkurangan dan wajah anda kelihatan bersih berseri-seri. Selamat Mencuba!
Dicatat oleh aneka petua di 4:57 AM
Mengatasi Bengkak Gusi
- Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur sireh. Rebuslah ramuan ini, setelah mendidih barulah diangkat, sesudah dingin minumlah airnya atau
- Ambil umbut nenas, hancurkan setelah itu campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.
Dicatat oleh aneka petua di 4:54 AM
Sakit Gigi Geraham Bongsu

Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.
Dicatat oleh aneka petua di 3:29 AM
Melebatkan Misai, Janggut Dan Jambang

Mungkin ada di antara kita yang menginginkan janggut, misai & jambang.. ambil putih telur dan sapukan di kawasan yg anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri.. amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Insyaallah janggut, misai atau jambang yang anda ingini akan tumbuh dengan lebatnya.
Dicatat oleh aneka petua di 3:23 AM
Cara Mengubati Sakit Kelamin

Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari. Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.
Dicatat oleh aneka petua di 2:06 AM
Awet Muda

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaAllah..
Dicatat oleh aneka petua di 2:03 AM
Hilangkan Sakit Kurap
Dicatat oleh aneka petua di 1:59 AM
Mengatasi Sengal Tulang

Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.
Dicatat oleh aneka petua di 1:57 AM
Hilangkan Daki Di Leher
Ambil tiga sudu besar tepung gandum, tiga sudu besar oath yang dikisar halus dan setengah cawan tairu. Gunakan tairu masam kerana ia merupakan agen pencerahan kuli semulajadi. Campurkan bahan-bahan ini menjadi bancuhan yang pekat. Sapukan pada leher seperti masker dan biarkan selama 15 minit. Kemudian gosok leher menggunakan kain yang agak kasar dan bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukan dua minggu sekali berturut-turut anda pasti akan dapat lihat hasilnya.
Dicatat oleh aneka petua di 1:44 AM
Kulit Pisang Sebagai Losyen

Cuci kulit pisang masak dan potong kepada kepingan kecil. Masukkan ke dalam setengah cawan susu segar dan kisar sehingga sebati. Simpan ramuan ini ke dalam botol dan sejukkannya. Gunakan sebagai losyen untuk menyegarkan kulit kering atau bertompok.
Dicatat oleh aneka petua di 1:41 AM
Hilangkan Jerawat Halus

Seringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.
Dicatat oleh aneka petua di 1:35 AM
Cara Untuk Menghilangkan Jerawat Batu
Ambil telur putih sahaja , masukan telur putih dalam bekas kecil
Ambil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil , sapukan telur itu di kapas..
letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur..
hasilnya ,jerawat itu akan melekat di kapas itu…
selamat mencuba…
Dicatat oleh aneka petua di 1:29 AM
Hilangkan Lenguh Kaki

Caranya, dapatkan limau atau pun timun. Guling/gelekkan buah tersebut pada kaki hingga ke tapak kaki. Lakukan ketika anda santai atau berehat seperti tengah tengok tv. Selamat mencuba.
Dicatat oleh aneka petua di 1:25 AM
Limau Putihkan Kuku

Jika kuku terkena arang atau getah tentu sekali kuku akan kotor dan hitam. Lumurkan kuku dengan minyak kelapa kemudian cuci hingga bersih. Selepas itu lumurkan pula isi limau nipis pada kuku. Kuku akan kembali bersih dan berkilat. Selamat mencuba.
Dicatat oleh aneka petua di 1:23 AM
Telur Rebus Senang Dikupas

Telur kalau tidak dikupas dengan betul tentu isi luarnya mudah terkoyak. Terdapat banyak petua mengupas telur antaranya merebus telur dengan cuka. Cara mudah lain ialah telur yang telah direbus di rendam di dalam air. Kemudian barulah dikupas. Tentu anda mudah mengupasnya. Cubalah!!
Dicatat oleh aneka petua di 1:21 AM
Minyak Lembutkan Kuih Apam

Masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam adunan kuih apam yang telah siap dibancuh dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian kukus adunan kuih apam tadi. Kuih apam tersebut akan menjadi lembut dan dimasak lebih halus serta tidak lagi melekat pada bekas acuannya.Selamat Mencuba!
Dicatat oleh aneka petua di 1:18 AM
Lembutkan Daging Ayam Kampung


Apabila memasak gulai ayam kampung cara untuk melembutkan ialah dengan memasukkan empat biji kurma ke dalam gulai. Bila masak daging ayam akan menjadi lembut
Dicatat oleh aneka petua di 1:15 AM
Menghilangkan Lebam Mata
Petua 1 : Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
Petua 2 : Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.
Dicatat oleh aneka petua di 1:04 AM
Bersihkan Cermin Mata

Bagi yang memakai cermin mata tidak perlu membazirkan wang membeli ’spectators washer’. Cuma ambil sebarang jenama shampoo rambut yang mengandungi bahan sodium laurenth sulphate dan rendamkan bingkai cermin mata di dalamnya bersama sedikit air. Dalam masa 15 minit sisa kotoran akan hilang seperti bingkai cermin mata baru.
Dicatat oleh aneka petua di 1:01 AM
Friday, June 19, 2009
Menghilangkan Kelemumur


Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Dicatat oleh aneka petua di 9:40 PM
Hapuskan Kutu


Ambil sebiji buah nona, dibasuh dan ditumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air. Kamudian sapu ramuan ini di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas.
Dicatat oleh aneka petua di 9:32 PM
Masalah Uban


Ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santan pekatnya. Didihkan hingga keluar minyak. Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba. Gunakan minyak ini setiap hari. Uban anda akan berkurangan dan rambut anda akan hitam semula.
Dicatat oleh aneka petua di 9:27 PM
Bibir Sentiasa Berseri

Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau rata-rata, minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat melihat hasilnya.
Dicatat oleh aneka petua di 9:25 PM
Atasi Wajah Berkedut
Jika kulit wajah anda berkedut, langkah berikut mungkin boleh menjadi penyelesaian. Ambil satu biji kuning telur, satu sudu kecil minyak zaitun dan lima titis perahan limau nipis. Gaul sebati dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air hangat. Lakukan secara teratur seminggu sekali. Pasti kulit wajah terasa lebih segar dan tidak berkedut lagi.
Dicatat oleh aneka petua di 9:14 PM
Simpan Ikan Tanpa Peti Sejuk

Kalau tiada peti sejuk atau kemungkinan bekalan elektrik di rumah anda terputus, ada cara untuk mengelakkan ikan menjadi busuk sekurang-kurangnya untuk tempoh sehari. Caranya dengan menggaulkan ikan itu dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Pada keesokannya basuhlah ikan itu dan masak seperti biasa. Selamat Mencuba!
Dicatat oleh aneka petua di 6:44 PM
Mengatasi Nasi Lembik


Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.
Dicatat oleh aneka petua di 6:38 PM
Hilangkan Kesan Minyak

Kesan tompokan minyak yang terkena pada pakaian berwarna putih memang sukar dihilangkan. Kerap kali juga kita menggunakan bahan peluntur sehingga ada yang memudarkan warna pakaian tetapi kesan tompokan minyak tidak juga hilang. Cara mudah untuk mengatasinya ialah sapukan sedikit marjerin pada pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan seketika barulah dicuci seperti biasa.
Dicatat oleh aneka petua di 6:26 PM
Menghalau Nyamuk


Tumbuklah beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap.
Dicatat oleh aneka petua di 6:21 PM
Tajamkan Gunting


Gunting beberapa helai daun sirih satu persatu. Anda akan dapati gunting yang tumpul itu akan tajam semula. Sementara itu untuk menajamkan mata pengisar, caranya ialah mengisar garam selama beberapa ketika. Amalkan langkah ini setiap bulan. Hasilnya mata pengisar akan sentiasa tajam.
Dicatat oleh aneka petua di 6:17 PM
Atasi Singki Tersumbat

Bagi mengatasi masalah singki tersumbat, ambil segenggam garam kasar dan letakkan dilubang singki. Gunakan air yang sedang mendidih dan tuangkan ke dalam singki tersebut. InsyaAllah singki tidak akan tersumbat lagi.
Dicatat oleh aneka petua di 6:15 PM
Hampas Teh Suburkan Tanaman


Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.
Dicatat oleh aneka petua di 6:09 PM
































