Sunday, June 21, 2009

Badan Langsing Lepas Bersalin



Caranya ambil 5 biji halia cina, 15 biji lada hitam dan sedikit ikan bilis kemudian tumbuk semua bahan sehingga lumat. Perahkan air limau nipis lalu makan bersama nasi panas pagi dan malam setiap hari semasa dalam pantang.

Merawat Sembelit Lepas Bersalin



Ambil daun sawi ditumis dengan sedikit minyak masak dan sedikit air.

Amalkan makannya setiap hari. ataupun cuba amalkan meminum segelas air perahan limau sunkist suam yang dicampurkan dengan sedikit madu lebah. Amalkan sebelum sarapan. Insya-Allah.


Membetulkan Perjalanan Haid Selepas Bersalin


Ambil segenggam pucuk senduduk.

Rebus dengan 2 cawan air sehingga tinggal secawan.

Baca Bismillah dan selawat 3 kali.

Minum air rebusan tersebut.

Lakukan 3 hari berturut-turut.

Mengecutkan Rahim


Bagi ibu yang baru lepas bersalin cara untuk mengecutkan rahim ialah dengan mengambil sebiji atau 2 manjakani kemudian rendam dalam air panas beberapa minit, dan selepas manjakani agak lembut. Tumbuk halus kemudian gentel bulat-bulat sebesar biji kacang dan telan. Amalkan setiap hari pagi dan petang.



Memulihkan Luka Jahitan Selepas Bersalin


Caranya dengan merebus daun dan kulit pokok tanjung secukupnya.

Gunakan air tersebut untuk membasuh tempat luka.Insya-Allah luka akan cepat sembuh. Selamat Mencuba!

Rawat Bengkak Kaki Semasa Hamil


Caranya ialah campurkan sedikit jadam dengan air.

Masak/rebus campuran tersebut hingga jadam hancur dan pekat.

Sapukan kepada kaki / betis ketika kadam masih suam.

Baca selawat 3 kali. (disapukan ketika hendak tidur).Amalkan setiap semasa mengandung.

Melazatkan Ikan Beku

Ikan yang disimpan lama di dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Cara mengatasinya ialah: rendamkan ikan tersebut di dalam susu segar selama 15 minit. Masaklah seperti biasa. Ikan akan menjadi segar semula dan enak dimakan.

Cara Memasak Bubur Dengan Cepat



Caranya masak beras hingga kembang. Apabila air hampir kering. Tutupkan api.Biarkan seketika. Kemudian masakkan semula. Bubur nasi akan cepat lembut.

Mengilatkan Perabot


Perabot rotan selalu berhabuk dan semakin lama, warnanya akan pudar. Untuk mengilatkannya kembali, gosoklah minyak kelapa pada perabot tadi.

Cara Bersihkan Barangan Kemas


Rendam barang kemas dalam air suam selama satu jam. Kemudian berusnya dengan ubat gigi menggunakan berus gigi yang lembut. Gosoklah sehingga dakinya hilang. Kemudian cuci dan rendamkan dalam air teh selama beberapa jam. Kemudian keringkan atau rendamkan barang kemas dalam air asam jawa dan biarkan semalaman. Kemudian gosok menggunakan ubat dan berus gigi. Anda lihatlah hasilnya.

Bersihkan Kesan Kotoran pada Seterika


Caranya ialah dengan menggosokkan seterika anda yang panas di atas sehelai daun pisang. Hasilnya seterika dapat digunakan semula dengan licin dan sempurna.

Cara Bersihkan Kupang


Cara untuk mengelakan kupang berpasir ketika dimasak ialah dengan merendamkan kupang selama 10 minit dengan air biasa kemudian toskan dan masaklah seperti biasa. Anda akan dapati isi kupang bersih dan tidak berpasir lagi. Selain itu kepah, kerang dan lala juga boleh dibersihkan dengan cara ini. Selamat Mencuba!!

Saturday, June 20, 2009

Mengekalkan Kesegaran Udang


Udang basah memang mudah berbau jika tidak pandai menyimpannya. Cara yang paling mudah ialah dengan cara mengaulkan udang tersebut dengan gula kasar rata-rata setelah membersih dan membuang kulitnya. Kemudian simpan udang itu dalam peti sejuk.

Hindari Bau Busuk Kulit Udang

  • Siramkan kulit udang dengan air panas.
  • Kemudian barulah dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan lalat daripada menghinggapinya.

Membersihkan Sotong


Caranya ialah masukkan sotong tersebut dalam air beras dan biarkan selama 10 minit. Kemudian anda akan mendapati bahawa kulit sotong menjadi lekang dan senang dicuci serta baunya juga hilang.

Mengatasi Bau Hamis Daging Kambing


Caranya ialah kisar daun serai, daun limau purut dan daun pandan. Campurkan dengan sedikit tepung gandum, garam dan air limau nipis. Kemudian perapkan daging kambing yang telah dipotong selama satu jam kemudia gunakan air berus untuk basuh daging tersebut kerana ia juga boleh menghilangkan bau hamis atau hanyir.

Air Dalam Akuarium Tahan Lama


Sebelum ini anda mungkin kerapkali menukar air di akuarium kerana airnya cepat keruh? cara mudah untuk menjernihkannya, masukkan seketul arang kedalamnya anda lihat sendiri hasilnya.

Mencantikan Payudara


Caranya amalkan meminum air kanji ( air didihan nasi )sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Mudah Bangun Pagi



Caranya sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Petua Cepat Dapat Jodoh


Caranya hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. Panduan Hari Ini

Dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda : Tidak (sempurna) iman seorang kamu, sebelum dia menyukai untuk saudaranya (sesama Islam) apa yang disukainya untuk dirinya sendiri.

Merawat Kulit Perut Berkedut

Elakkan kulit dibahagian perut berkedut dengan sesudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu. Insya-Allah pasti berkesan.

Hilangkan Kesan Hitam Pada Lutut Dan Siku


Sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari. Insyaallah kesan hitam pada lutut dan siku akan beransur pudar. Selamat mencuba!!!

Hilangkan Kutu



Cara mudah untuk hilangkan kutu pada rambut dengan beberapa biji bawang putih yang ditumbuk lumat. Campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut dengan kain selama sejam sebelum dicuci.

Membersihkan Minyak Gorengan



Ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali. Selamat Mencuba!

Bersihkan Siput Sedut



Ambil sebekas hampas kelapa, gaulkan siput sedut yang masih hidup itu dan biarkan semalaman. Esoknya barulah anda mula mengerat bahagian hujung cengkerang siput itu sebelum dimasak. dengan demikian bau lumpur dari siput itu akan hilang, malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasak.

Hindari Kutu Beras



Cara mudah untuk hindari beras daripada kutu beras dengan meletakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering kedalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi.

Cara Mudah Kopek Kulit Kerang


Cara udahkan mengopek kulit kerang dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Nescaya kerang akan tebuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti. Selamat Mencuba!

Menghilangkan Bau Hangit

Sesetengah orang tidak tahan atau pening bila terhidu bau hangit. Cara menghilangkan bau hangit termasuklah hangit nasi atau masakan-masakan lain adalah dengan cara masukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian, tutup dan biarkan seketika. Insya-Allah, bau hangit itu akan hilang.

Merawat Sakit Tekak


Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

Memudahkan Bayi Buang Air Besar


Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.

Tajamkan Penglihatan


Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

Memutihkan Kulit Muka



Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

Wajah Sentiasa Muda


Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda.

Menghilangkan Kutil Atau Tahi Lalat



Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Selamat mencuba!!

Mengurangkan Buncit


Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

 
Blogger Templates by Wishafriend.com