Sunday, November 23, 2008

Tumit kaki Pecah

Masukkan beberapa keping asam gelugur atau asam keping ke dalam besen yang berisi air suam kemudian biarkan seketika untuk mendapatkan air rendaman asam gelugur. Setelah itu rendamkan kaki selama setengah jam setiap hari, lakukan dengan kerap supaya tumit kaki yang pecah akan beransur sembuh.

Tegangkan Kulit Muka

Rebus segenggam biji manjakani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat, apabila suam sapukan pada wajah atau bahagian muka yang anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci dengan air bersih, amalkan setiap hari Insyaallah kulit akan tegang jerawat pun tiada.

Kelebihan Buah Pinang Tua

Khasiat yang diperoleh, menguatkan gigi, menghilangkan karat gigi dan memutihkan gigi. Caranya ambil sebiji pinang tua dikeringkan kemudian dikacip sehingga halus. lalu dibakar, gunakan isi pinang yang dibakar tadi untuk menggosok gigi yang berkarat. Lakukan setiap hari supaya gigi menjadi putih berseri.

Kulit Muka licin

Basuh muka dengan air suam dan selepas itu gosok muka dengan sebiji tomato yang masak ranum, biarkan ia kering sendiri setelah itu bolehlah dibilas dengan air suam.

Masalah Jerawat Belakang Badan

Untuk merawat jerawat yang tumbuh di belakang badan, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
- 1 biji tomato dibuang kulitnya
- 2 sudu makan yogurt tawar
- 1 sudu makan timun yang telah dihancurkan
- 2 sudu makan sari lidah buaya
- 3 sudu makan serbuk oatmeal
- 2 helai daun pudina ditumbuk halus
Masukan semua bahan ke dalam bekas dan gaul hingga hancur dan rata kemudian sapukan pada belakang badan dan biarkan 10 minit.Setelah itu bersihkan dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam,untuk mendapat hasil yang baik lakukan 2 kali seminggu.Jerawat akan hilang sedikit demi sedikit

Cegah Jerawat Baru

Ambil seulas bawang putih lalu dibersihkan,setelah itu dititik sedikit dan disapukan pada jerawat yang tumbuh.Jerawat batu anda akan segera hilang.

Kurangkan Keputihan

Jika anda sering berhadapan dengan masalah keputihan,cuba amalkan petua ini. Ambil satu sudu besar halba dan rendam dalam air semalaman.Keesokan harinya minum air dengan halba sebelum sarapan.Insya-Allah masalah anda dapat diatasi.

Masalah Kencing Manis

Jika anda pesakit kencing manis,ada petua untuk mengurangkan gula dalam darah iaitu dengan mengambil segenggam bunga cengkih lalu direndamkan ke dalam segelas air putih dan diminum pada pagi keesokan harinya.

Lebatkan Rambut


Daun kari dan halba dikisar kemudian dicampurkan sekali, setelah itu tumis dengan minyak kelapa menggunakan api yang sederhana. Apabila sudah sejuk bolehlah disimpan dalam botol dan gunakan minyak tersebut 3 kali seminggu,caranya sapukan minyak tersebut pada rambut dan biarkan semalaman sebelum dicuci.

 
Blogger Templates by Wishafriend.com