Sunday, October 25, 2009

Bunga Tebu Cegah Uban


Setiap orang ingin mempunyai rambut yang sentiasa hitam dan tidak beruban walaupun telah dimakan usia. Caranya anda boleh gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa sebagai minyak rambut anda. Petua ini boleh mengekalkan rambut anda yang hitam walaupun usia anda agak lanjut.

Daun Turi Cantikkan Payudara


Caranya ambil beberapa helai daun turi, ramas dan ambil airnya. Air ini anda sapukan pada buah dada anda setiap kali selepas mandi.

Kulit Pisang Serikan Muka



Kulit pisang yang masak juga boleh dijadikan perapi muka. Caranya gosoklah sebelah dalam kulit pisang ke muka. Biarkan beberapa minit dan kemudian bilas dengan cermat. Selain daripada itu, air kelapa juga boleh memastikan kulit muka sentiasa lembap.

Saturday, October 24, 2009

Melegakan Perit Tekak Akibat Batuk


Caranya dengan merendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.

Petua Senang Bersalin


Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.

Berkhatan Cepat Sembuh


Caranya dengan merebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga mendidih. Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu.

Merawat Bibir Pecah


Biasa bibir akan pecah bila cuaca terlalu panas, untuk mengatasinya ialah dengan mencampurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.

Petua Mandul


Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nanas seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan. Insyaallah akan berhasil.

Petua Merawat Buasir

Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Caranya dengan mengangkat kedua belah kaki anda ke atas dan kedua tangan anda di bawah punggung kedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika naik kaki ke atas dan lepaskan nafas ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap hari. Mudah-mudahan sembuh.

Air Beras Suburkan Bunga


Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana ia boleh digunakan untuk membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok bunga akan tumbuh subur.

Petua Buang Tulang Ikan Parang / Terubuk


Biasanya ramai diantara kita yang gemar makan ikan parang tetapi susah untuk makan kerana tulangnya yang banyak. Bagi mengelakkan tulang, sebelum ikan dipotong, pegang bahagian ekor dan kepala ikan.Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap.Cara ini memudahkan kita memakan isinya.

Ubi Kentang Atasi Kerak Periuk


Mula-mula rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit. setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.

Friday, October 23, 2009

Muda Jelita Sentiasa


Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini, anda pasti muda dan jelita sentiasa

Lada Jeruk Tahan Lama


Lada jeruk yang dibuat sendiri dan disimpan untuk sesuatu tempoh. Bagi memastikan lada tersebut bertahan lama, celur lada jeruk yang dihiris ke dalam air panas, dan kemudiannya ditos sehingga kering. Masukkan sedikit cuka, air masak dan masukkan kedalam bekas kedap udara. Biarkan beberapa hari dan bolehlah dimakan untuk dibuat ulam.

Sambal Belacan Lebih Enak


PetuaUntuk menambah kesedapan sambal belacan, anda juga boleh membakar bawang merah atau bawang putih sebelum menumbuknya dengan bahan lain. Selain bakar, bawang tersebut boleh digoreng sekejap bersama belacan dan cili. Hasilnya, sambal belacan bertambah sedap biarpun rasanya agak pedas sedikit.

Serbuk Teh Dapat Merawat Bahagian Sulit Wanita


Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas dan kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu bolehlah basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.

Mengetatkan Rahim


Petua ini adalah untuk mengetatkan faraj, rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak. Selamat Mencuba!!!

Monday, June 22, 2009

Mengatasi Bayi Demam Selepas Disuntik


Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.

Merawat Kudis


Untuk merawatnya, ambil beberapa helai pucuk daun keriang, sedikit daun ribu-ribu, mata kunyit dan beras, giling hingga lumat berserta sedikit air. Kemudian sapukan bahan ini pada kudis-kudis itu.

Hilangkan Lendir Sayur Bendi


Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta.

Melembutkan Kuih Donat


Caranya ialah campurkan dua atau tiga biji ubi kentang yang telah dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan tadi. Insya Allah donat tadi akan lembut dan sedap rasanya walaupun sudah sejuk.Insya-Allah.

Menyedapkan Sambal Sotong


Sotong yang hendak kita buat sambal itu, kita celur di dalam air yang menggelegak kira-kira 3 minit supaya sambal sotong itu nanti tidak terlalu banyak kuahnya. Bila masukkan sotong ke dalam ramuan tumisan sambal janganlah masak terlalu lama kerana sotong tadi telah kira celur terlebih dahulu.

Nasi Lemak Cepat Masak


Jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

Merangupkan Ayam Goreng


Semasa hendak mengoreng ayam, perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam kita cepat rangup. Selamat mencuba!

Elak Nasi Cepat Basi


Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat dari pemeluwapan yang terlalu banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum kita tekan suis periuk atau masak atas dapur gas anda cuma perlu masukkan secubit garam ke dalam air beras tadi. Insya Allah nasi yang kita masak tadi tahan untuk seharian.

Elak Terung Menjadi Hitam Selepas Dipotong


Untuk mengelakkannya, ambil garam dengan sedikit air dan rendamlah terung tersebut. Kalau tak mahu air, gunakan garam saja pun boleh.

Elak Jag Kaca Pecah


Ambil sebatang sudu logam dan masukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam tersebut. Insya Allah. Selamat mencuba!

Merangutkan Acar Mentimun


Hirisan mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam sebelum campuran bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air gula dan cuka secukup rasa.

Sunday, June 21, 2009

Petua Roti Canai Lembut


Kebanyakan suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang lembut seperti yang didapati dikedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini puan-puan tidak perlu bimbang lagi. Ketika puan-puan mahu membuat adunan elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru diuli seperti biasa.

Meratakan Garam Untuk Kerepek


Untuk memudahkan garam rata pada semua kerepek yang digoreng, letakkan garam pada minyak panas yang akan digunakan untuk menggoreng kerepek. Cara ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan garam malah kerepek anda tidak akan lagi terasa terkurang atau terlebih masin.

Mengekalkan Warna Sayur Hijau


Caranya mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.

Mengatasi Ruam Susu


Ramas 2 helai daun sirih muda bersama sedikit air.

Tumbukkan ibu kunyit sebesar jari kelengkeng.

Campurkan kedua bahan tersebut, kemudian bancuh bersama bedak sejuk.

Sapukan pada kulit bayi yang terkena ruam susu.

Melebatkan Rambut Anak


Ambil seranting daun asin, seranting daun delima dan 6 helai daun melur.

Kesemua daun akan digiling, campurkan bersama bedak sejuk dan air.

Sapukan di kepala bayi. Amalkan setiap hari.

Kempiskan Perut Selepas Bersalin


Caranya ambil lada hitam kira-kira 2 setengah genggam tumbuk halus dan dicampur dengan sebiji ragi kemudian gaulkan bahan tadi dengan cuka yang telah dicampur air asam jawa. Setelah ramuan tersebut sebati, sapukan di perut dan keliling pinggang kemudian bengkung ketat. Seeloknya dilakukan pada waktu pagi selepas bertungku. Insya-Allah berhasil.

Menjarakan Kelahiran



Ambil lengkuas sebesar ibu jari, halia sebesar ibu jari, 10 biji lada hitam dan 1/4 keping ragi.

Semua bahan ditumbuk halus, campurkan segelas air mendidih.

Tapis dan kemudian, campurkan sedikit air limau nipis dan sedikit garam.

Minum sebulan sekali sebelum tidur tapi sekiranya anda sedang mengandung dinasihatkan jangan minum ramuan ini kerana ia boleh menyebabkan keguguran.

 
Blogger Templates by Wishafriend.com