Saturday, November 22, 2008

Cegah Rambut Beruban

Ambil 2 senduk biji betik yang sudah tua kemudian goreng tanpa minyak hingga hangus. Tumbuk biji betik itu hingga halus kemudian dicampurkan dengan sedikit minyak kelapa, setelah itu sapukan ke rambut dan pastikan rambut anda berada dalam keadaan bersih. SELAMAT MENCUBA!

Buang Darah kotor

Bagi ibu-ibu yang telah selamat melahirkan anak tentu berasa gembira. Untuk mengeluarkan darah kotor tersebut bolehlah ambil kunyit hidup dan ditumbuk sehingga lumat. Selepas itu ambil sedikit air masak lalu dicampurkan dengan kunyit yang telah ditumbuk tadi kemudian tapis dan diminum sehari sekali selama 3-4 hari. Pasti darah kotor tersebut akan keluar dan menyembuhkan luka jahitan.

Cantikkan Bulu Roma

Jika anda mengalami bulu roma yang kasar dan tidak cantik terutamanya bagi lelaki, anda boleh mengatasi masalah ini dengan menyapu bawang pada betis anda. caranya tumbuk 2 ulas bawang merah hingga lumat kemudian lumur pada kaki anda,biarkan ia kering di kaki barulah cuci. Lakukan 3 hari sekali.

Penawar Kencing Manis

Amalkan makan rebusan kacang hijau, rebus kacang hijau hingga empuk dan jangan ditambah apa-apa perasa. makan kacang hijau rebus ini setiap pagi dan malam,walaupun rasanya kurang enak amat berkhasiat. Selamat Mencuba!

Kurangkan Tekanan Darah tinggi

Daun betik boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan ia amat mujarab dan lebih murah. caranya ambil segenggam daun betik lalu dibasuh dan diramas hingga lembut kemudian masukkan ke dalam cawan, tuangkan air panas yang telah mendidih.Biarkan ia sejuk sendiri dan setelah suam bolehlah diminum, walaupun pahit ia mujarab.

Khasiat Daun Mengkudu

Jika anda sering diserang angin yang menyebabkan badan sakit-sakit, lemah dan lesu bolehlah ambil beberapa helai daun mengkudu dan sedikit halia kemudian rebus hingga mendidih. Minum air ini pagi dan petang.

Jika Tercekik Tulang ikan

Celup jari anda ke dalam madu lebah sambil berselawat 3 kali, masukkan jari anda ke dalam mulut dan hisap jari itu perlahan-lahan Insyaallah tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.

Naikkan Seri Wajah

Ambil daun inai dan halia kemudian rebus bersama daun pandan dengan air secukupnya,minum air rebusan tadi setiap pagi dan malam sebelum makan.Insya-Allah wajah yang pucat akan menjadi kemerah-merahan selain itu halia dan daun inai boleh membuang angin dalam badan dan mewangikan badan. Petua ini amat baik untuk ibu yang baru bersalin.

Khasiat Daun Cermai

Kesan parut disana sini akan mencacatkan penampilan apalagi jika parut itu ada dimuka, tangan dan kaki.Untuk menghilangkannya tumbuk 20 helai daun cermai bersama sedikit beras dan kapur sirih hingga lumat kemudian campurkan dengan sedikit air dan sapukan pada bahagian yang berparut sebelum tidur,amalkan sehingga kesan parut mulai hilang.

Tomato Gebukan Kulit Wajah

Ambil sebiji tomato dan lumatkan dengan jari kemudian campurkan dengan bedak sejuk, jadikan masker muka dan amalkan 2 kali seminggu. Jangan lupa baca ayat 3 KUL dan selawat Insya-Allah kulit akan nampak bersih ,berseri dan segar kemerahan.

Daun Durian Belanda Atasi Panas Badan

Kisar segenggam daun durian belanda dan ambil airnya, campurkan dengan segelas air suam dan minum. Anda juga boleh meramas daun durian belanda sehingga hancur kemudian campurkan dengan perahan limau nipis, sapu pada dahi Insya-Allah panas badan akan berkurangan.

Kurangkan Asma

Bagi penghidap asma, mereka akan mudah berasa penat setelah melakukan aktiviti berterusan. Untuk elakkannya tumbuk halia sehingga lumat kemudian perah airnya dan campurkan 3 camca teh air halia bersama 1 camca besar madu, panaskan sehingga pekat dan minum air tersebut.

Lebatkan Bulu Mata


Bulu mata yang lebat melengkapkan kecantikan wajah namun bukan semua bertuah memiliki bulu mata yang lebat. Untuk itu, ambil beberapa tangkai daun sirih dan letakan sedikit lendir daun lidah buaya kemudian sapukan pada alis mata secara perlahan-lahan. amalkan selalu.

Kulit Lembab Berseri

Setiap wanita mengimpikan kulit yang lembab dan halus, caranya dengan menggunakan kubis dan madu lebah. Kubis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar dan ambil airnya, campurkan air kubis dengan madu lebah kemudian cuci muka dengan ramuan tersebut.Lakukan beberapa kali untuk mendapatkan hasilnya.

Hilangkan Kelemumur

Ambil sebiji kelapa tua kemudian kisar dan ambil santannya, sebelum mandi lumurkan santan ke atas kepala dan biarkan seketika setelah itu cuci dengan air bersih.

Menjaga Kesegaran Mata

Menghadap komputer seharian membuatkan mata anda penat. Untuk mendapatkan mata yang segar dan bersinar,ambil daun lobak merah dan rendamkannya dalam satu mangkuk air panas.Biarkan seketika dan minum airnya,amalkan 3 kali sehari sebelum makan.

Mencegah darah Tinggi

Ambil lima tangkai daun ceri dan cuci bersih, rebus daun ceri bersama 4 gelas air mendidih seeloknya rebus pakai periuk tanah bagi menjaga khasiatnya. Minumlah 3 hari berturut-turut atau bila diperlukan.

Hilangkan Kegatalan Pada Kemaluan

Ambil beberapa helai daun sirih kemudian masukkan 3 gelas air dan rebus daun sirih sehingga mendidih, setelah suam bolehlah basuh kemaluan dan lakukan 3 kali sehari Insyaallah gatal tersebut akan hilang.

Elak Rambut Beruban

Ramas segenggam asam jawa dan santan kemudian tapis, sebelum tidur basahkan kepala dan lumurkan bahan tadi ke seluruh kepala. Urut beberapa minit kemudian balut dengan tuala,cuci rambut pada keesokan harinya. Amalkan 2 kali seminggu.

Atasi Gatal, Kudis Dan Resdung

Penyakit gatal-gatal seluruh badan atau penyakit kudis dan resdung memang membuatkan badan rasa tidak selesa, ambil kapas yang telah dicelup ke dalam minyak zaitun kemudian letakkan pada tempat yang gatal seperti muka, telinga atau hidung semalaman.Keesokan harinya bakar kapas tersebut.

Ubat Keputihan

Bersihkan pucuk pegaga kemudian rebus dengan 2 gelas air dan masukkan sedikit garam, sejukkan sebelum ditapis dan diminum 2 kali sehari.Amalkan sehingga keputihan dan rasa kegatalan anda hilang.

Hikangkan Gatal Kepala

Ambil beberapa helai daun puding kemudian hancurkan sehingga lumat.Lumurkan di seluruh kulit kepala dan biarkan seketika, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu pasti kulit kepala tidak gatal lagi.

 
Blogger Templates by Wishafriend.com