Friday, November 28, 2008

Bebas Kutu


Kepala yang berkutu tentu menimbulkan masalah gatal di kulit kepala. Untuk mengatasinya,ambil kapur barus dan tumbuk hingga hancur kemudian campurkan sedikit minyak tanah. sapukan pada kepala sehingga rata dan basah, biarkan semalaman.Keesokkan harinya, cuci dan syampu seperti biasa Insya-allah anda bebas kutu.

Lebih Bertenaga



Ketika anda bangun pagi , sebelum mandi ,cuci muka atau bersarapan sebaiknya minum segelas besar air suam kemudian tunggu hingga setengah jam barulah boleh anda bersarapan dan mandi. Insya-Allah segala toksik akan keluar apabila anda membuang air besar atau kecil.Amalkan setiap hari untuk badan yang lebih segar.

Cekam Di Kaki


Masalah cekam di kaki kadangkala membuatkan kita kurang selesa, jika dibiarkan berterusan akan membuatkan kaki mengeluarkan bau yang kurang enak. Untuk menyembuhkan cekam tersebut, tuangkan air suam ke dalam baldi kemudian masukkan beberapa asam keping dan biarkan selama 2 minit. Rendam kaki yang ada cekam selama 15 minit dan lakukan setiap hari sehingga cekam tersebut sembuh.

Jerawat Tidak Berparut

Jerawat tidak diundang akan meninggalkan parut yang hodoh pada kulit wajah, untuk mengatasinya ambil sedikit tepung kanji kemudian bancuh dengan putih telur. Larutkan dan sapukan pada jerawat yang timbul di muka dengan cara ini tidak akan meninggalkan parut bila jerawat mulai sembuh.

Hilangkan Cirit-Birit

Untuk menghilangkan sakit perut dan cirit-birit,ambil sehelai dua pucuk jambu batu yang muda kemudian ditengah-tengah daun itu diletakkan garam. Bungkus dan terus kunyah daun tersebut Insya-Allah masalah sakit perut tidak ada lagi.

Elak Demam Kuning



Bayi yang baru lahir mudah dijangkiti demam kuning,untuk mengelakkan bayi terkena penyakit ini. Ambil sedikit bedak sejuk yang dicampurkan dengan air cap badak kemudian lumurkan pada tubuh bayi dari kepala hingga ke kaki lebih kurang sepuluh hari. Lakukan setiap kali bayi mandi, ia juga bertujuan menyejukkan badan bayi semasa tempoh berpantang. Selain itu anda boleh juga letakkan daun sukun dibawah tilam bayi Insya-Allah petua ini boleh membantu.

Air Kelapa Penawar Denggi


Ambil beberapa helai daun pucuk betik jantan, dikisar lalu diperah airnya kemudian campurkan dengan air kelapa. Amalkan meminumnya Insya-Allah demam denggi akan sembuh dan paras bacaan darah akan naik.

Hilangkan Panau


Ambil sedikit daun kesum dan tumbuk hingga lumat, kemudian sapukan pada badan atau kawasan yang ada panau. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan Insya-Allah Panau akan hilang.

Lada Putih Ubati Bisa Gigitan Lipan


Ambil beberapa biji lada putih kemudian tumbuk halus dan campurkan sedikit minyak masak, gaul sebati dan sapukan pada bekas gigitan lipan Insya-Allah bisa gigitan lipan akan berkurangan.

Pusat bayi Tidak Tersembul

Bayi yang sudah tercabut pusatnya hendaklah dijaga supaya pusat bayi tidak tersembul, ambil seulas bawang putih yang ditumbuk bersama secamca teh jintan putih dan sedikit abu dapur kayu arang. Bungkus semua didalam kain dan ikat kemas kemudian salai diatas bara atau batu yang telah dipanaskan. Apabila sudah suam kuku,tekan perlahan-lahan di keliling pusat dan perut bayi Insya-Allah bayi akan lebih selesa.

Kurangkan Batuk

Ambil sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya, campurkan dengan sedikit kapur sirih dan kacau hingga sebati kemudian sapukan pada tekak atau leher dan biarkan kering. Amalkan setiap hari sehingga batuk berkurangan.

Buang Angin Dalam Badan

Ambil kunyit muda lebih kurang 1 1/2 cm kemudian buang kulitnya dan hiris nipis nipis, jadikan sebagai ulam-ulaman dan makan 2 kali seminggu Insya-Allah anda akan dapati badan lebih segar dan angin badan dapat dikeluarkan.

Buah Lai Legakan cirit-Birit

Untuk melegakan cirit-birit ,ambil sebiji buah lai yang telah disejukkan kemudian kisar bersama kulitnya sekali sehingga menjadi jus. Minum jus tersebut Insyaallah cirit-birit akan beransur sembuh.

Botol Susu Lebih Bersih


Botol susu yang sudah lama digunakan akan kelihatan kelabu dan tidak bersih, cuba gunakan kulit telur yang kemudiannya diramas dan digoncangkan dengan air. Pasti botol susu anda akan kelihatan lebih bersih dan bersinar.

Halau Kelekatu

Ambil beberapa tangkai cili kering dan bakar sehingga naik bau kemudian ikat dengan tali dan gantungkan pada lampu Insya-Allah kelekatu akan hilang.

Hilangkan Bau Mulut Selepas Makan Petai



Makan petai memang enak dan baik untuk kesihatan tetapi ramai yang enggan untuk memakannya kerana bau mulut selepas menikmatinya. Untuk itu,ambil 2 sudu beras yang telah dibasuh kemudian kunyah sehingga halus Insya-Allah bau mulut akan hilang.

Kurangkan Sakit Dan Bengkak payudara


Terutama kepada wanita yang mengalami proses pengeluaran air susu,ambil beberapa helai daun kacang panjang kemudian tumbuk hingga hancur dan simpan dalam bekas tahan panas. Tuangkan dengan air panas mendidih dan biarkan hingga suam, sapukan di pangkal dan sekitar payudara. Lakukan sekerap yang mahu.

Atasi Dengkur



Ambil tujuh biji buah badam dan tumbuk sehingga lumat, kemudian campurkan dengan air susu suam. Kacau campuran ini hingga sebati kemudian minum. Insya-Allah dengkur anda akan hilang sedikit demi sedikit, amalkan 2 kali seminggu.

 
Blogger Templates by Wishafriend.com