Friday, December 19, 2008

Tanggalkan Kesan Getah Nangka



Buah nangka sememangnya enak dimakan namun kita terpaksa berdepan dengan masalah hendak menanggalkan getah nangka yang terkena pada tangan dan perkakas yang digunakan. Untuk itu, setiap kali terkena getah nangka anda hanya perlu menggosokkan hampas kelapa pada tempat yang terkena getah tadi berulang kali sehingga bersih. Insya-Allah anda akan berpuas hati dengan hasilnya,

Hilangkan Pedih Mata

Pedihnya mata apabila dimasuki cili, untuk menghilangkannya letakkan mata yang terkena cili ke lutut sendiri dan biarkan mata dalam keadaan tersebut selama 5 hingga 10 saat. Ulangi langkah tersebut hingga kesan pedih cili hilang, SELAMAT MENCUBA!

Sembuhkan luka selepas bersalin



Bagi wanita yang baru lepas bersalin dan ingin luka cepat sembuh, dapatkan beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam gelugur kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan sebentar hingga air tadi menjadi suam setelah itu cuci bahagian luka dengan menggunakan air tersebut, Insya-allah luka akan cepat sembuh.

Elak Bulu Roma Kembali tumbuh


Untuk mengelakkan bulu roma daripada mudah tumbuh, cukur terlebih dahulu bahagian bawah lengan atau kaki kemudian sapukan bedak tabur pada bahagian tersebut, dengan cara ini bulu roma tidak akan tumbuh lagi.

Kulit Wajah Lebih Bersih


Untuk membersihkan kulit wajah daripada sebarang cela, masukkan hirisan halia dan perahan limau ke dalam air panas yang diletakkan didalam bekas sederhana besar kemudian wap keseluruhan muka selama 15 minit dan bersihkan dengan kain yang bersih. Cara ini dapat menanggalkan kotoran di wajah.

Daun Limau Purut Atasi Muntah


Salah makan boleh menyebabkan kanak-kanak akan muntah,untuk mengatasinya tumbuk daun limau purut yang telah dicampurkan dengan sedikit air kemudian minum bancuhan tersebut dan masalah muntah akan beransur sembuh.

Kelebihan Kapur Sirih

i - Sapukan sedikit kapur sirih yang dicampurkan minyak kelapa ke bahagian kerongkong dan juga batang hidung. Ia baik untuk mengatasi batuk dan selsema.

ii - Sapukan kapur sirih pada bisul yang tumbuh dan amakan setiap hari nescaya bisul cepat sembuh.

iii - Campurkan sedikit kapur sirih dengan parutan ibu kunyit dan air, buatkan seperti krim dan bubuh di tempat yang terkena gigitan serangga dan biarkan kering. Kesakitan akan reda dan bengkak akan hilang.

Legakan Lelah



Ambil sebiji telur ayam kampung, ambil kuningnya sahaja kemudian campurkan dengan 2 sudu madu lebah yang asli. Kacau sehingga sebati dan terus diminum, lakukan apabila diserang lelah sahaja dan amat sesuai diambil pada waktu malam sebelum tidur. Insya-Allah.

Kaki Kematu


Ambil beberapa helai daun betik dan rendam dalam air suam, kemudian ramas daun betik berkenaan. Rendamkan kedua kaki ke dalam bekas berisi daun betik selama 10 minit dan gosok kaki yang berkematu perlahan-lahan. lakukan selalu insya-allah kematu kaki akan berkurangan.

Kebaikan Tidur Tanpa Bantal


Semua orang tahu bahawa tidur tanpa bantal memang tidak selesa tetapi tidur cara itu ada faedahnya. Jika kita mengamalkan tidur tanpa bantal dapat menghilangkan lemak dibawah lipatan dagu dan selain itu dapat juga menghilangkan rasa penat dan darah dapat bergerak dengan lebih lancar dan baik.

Penawar Sakit Haid



Ambil sebiji telur ayam , 1 sudu kecil madu lebah dan sedikit lada putih. Gaul sebati dan minum sehari sekali sebelum sarapan , minum selama tiga hari insya-allah sakit akan hilang . Bagi ibu yang baru bersalin pun boleh minum selama tiga hari untuk mengembalikan tenaga yang hilang.

Ketiak Berbau



Campurkan sedikit lada putih yang ditumbuk bersama kapur barus, minyak tanah dan sedikit air kapur sirih serta perahan limau nipis. Bancuh sehingga sebati kemudian sapukan pada seluruh ketiak dan biarkan seketika baru dicuci dengan air bersih.

Memutihkan Bawah Lengan



Gaul perahan limau nipis bersama dengan semangkuk hampas, lumur dan gosok ketiak ketika mandi kemudian biarkan seketika dan bilas. Amalkan selalu dalam masa dua minggu anda akan lihat perubahannya. Selain itu,hampas kelapa boleh digantikan dengan kapur sirih. Cara ini juga boleh digunakan untuk mengempiskan perut.

Hilangkan Kesan Minyak


Kesan tompokan minyak yang terkena pada pakaian berwarna putih memang sukar untuk dihilangkan.kerap kali juga kita menggunakan bahan peluntur sehingga ada yang memudarkan warna pakaian tetapi kesan tompokan minyak tidak juga hilang. Cara mudah mengatasinya ialah sapukan sedikit marjerin pada pakaian yang terkena tompokan minyak,biarkan seketika kemudian barulah cuci seperti biasa.

 
Blogger Templates by Wishafriend.com