Thursday, November 20, 2008

Biji Betik Luruskan Rambut

Ambil biji betik dan tumbuk sehingga hancur kemudian sapu rata pada rambutdan biarkan selama 30 minit sebelum dicuci.Lakukan 2 atau 3 kali sehari Insya-Allah rambut anda akan lurus. SELAMAT MENCUBA!

Lebatkan Rambut Bayi

Ambil 2 atau 3 biji buah keras kemudian asah di belakang lesung batu, Sapukan pada rambut bayi dan amalkan 3 kali seminggu Insyaallah rambut bayi akan lebat dan hitam.

Segarkan Tubuh

Kisar beberapa helai daun pandan dan limau purut kemudian campurkan ia bersama mandian dan sental ke seluruh badan semasa mandi.Badan anda akan terasa lebih segar.

Hilangkan Perut Memulas

Ambil 1 sudu teh jintan manis,untuk segelas rendamkan selama 1/2 jam.Tapis jintan manis dan minum airnya.

Pulihkan Kulit Melecur

Hiris kentang dengan nipis dan tampal pada tempat yang melecur.Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas.Kulit baru akan tumbuh seperti sedia kala.

Petua Awet Muda

Wajah kusam dan tidak bermaya menjadikan kita nampak lebih berusia dari usia sebenar,untuk menjadikan wajah kembali berseri dan nampak lebih muda,dapatkan 2 biji tomato yang telah dibuang kulitnya dan dihancurkan, kemudian simpan tomato didalam peti sejuk selama beberapa jam.Campurkan dengan sedikit madu dan pupurkan pada wajah untuk 20 hingga 30 minit,setelah itu bersihkan muka dengan air biasa dan rasalah kesegaran pada wajah anda.Lakukan 2 kali seminggu wajah anda akan kelihatan lebih segar dan awet muda.

Kulit Cerah Lepas Bersalin

Ambil secawan beras pulut,sedikit garam dan serbuk kunyit atau kunyit hidup kemudian kisar dengan pengisar kering.Jangan terlalu halus,gunakan sebagai lulur mandi.Lakukan 2 hari sekali.Hasilnya kulit akan nampak cerah dan berseri juga dapat menghilangkan gatal-gatal di kulit.

Daun Pandan Ubat Kelemumur

Ambil kira-kira sepuluh helai daun pandan yang agak tua kemudian ditumbuk halus lalu dicampurkan dengan air sebanyak 2 gelas.Tapis dahulu airnya kemudian sapukan pada rambut yang sudah dibersihkan hingga rata dan biarkan selama 1/2 jam,setelah itu bilas rambut dengan air bersih rambut akan bau wangi dan kelemumur akan hilang.

Penawar Sakit Kuning

Bayi yang baru lahir kerap mengalami masalah sakit kuning, cara mengubatinya adalah dengan memandikan bayi dengan air rebusan kulit batang pokok pulasan.Ambillah kulit batang pokok pulasan dan rebus hingga mendidih,bila sudah suam bolehlah dimandikan pada bayi anda.Lakukan 3 hari berturut-turut Insyaallah akan sembuh.

Lebatkan Rambut

Ambil beberapa helai daun rambutan muda lalu bersihkan,setelah itu ramas ke dalam satu gayung air.Biarkan lendirnya keluar kemudian sapukan pada rambut anda dan biarkan 20 minit,selepas itu bersihkan rambut dengan air sejuk.lakukan 2 kali sehari untuk mendapat hasilnya.

Merawat Bisul

Usah bimbang jika anda mengidap penyakit bisul,walaupun ia menyakitkan tetapi ada cara untuk merawatnya.Tumbuk beberapa helai daun pokok semalu hingga hancur kemudian sapukan daun tersebut di sekeliling bisul Insya-Allah bisul akan cepat kering dan tidak meninggalkan parut.

Selsema cepat Sembuh

Caranya mudah sahaja,ambil seulas bawang putih dan kupas kulitnya kemudian potong bawang putih tadi kecil-kecil agar boleh diletakkan ke dalam hidung ( jangan terlalu kecil, muat-muat letak sahaja ) Seeloknya lakukan sebelum tidur pada waktu malam Insyaallah keesokan paginya selsema akan hilang.

Sembuhkan Kudis

Ambil sedikit kapur sirih dan beberapa putik rambutan muda dan bergetah, letakan kapur diatas piring dan lenyekkan dengan putik rambutan tadi kemudian sapu pada tempat yang berkudis tadi Insya-Allah ia akan baik.

Hilangkan Ketuat

Ketuat apabila besar akan mencacatkan tubuh badan. Untuk menghilangkan ketuat,titiskan sedikit getah biji gajus ke atasnya Insyaallah ketuat akan hilang dengan segera.

Kulit Lembab Dan Tegang

Tumbuk beberapa kelopak kubis kemudian perah dan ambil airnya.Campurkan dengan 1 camca besar madu dan gaul sebati,sapukan pada bahagian kulit kering dan biarkan selama 15 minit selepas itu bolehlah cuci pakai kapas basah.

Haluskan kulit Muka

Amalkan dengan memakan buah tomato muda, makan seperti memakan buah epal Insyaallah anda akan nampak kesannya.

Rawat Demam Kuning

Bagi merawat demam kuning yang dialami kanak-kanak, ambil segenggam daun inai batu dan pokok dukung anak ( turi hutan ) setelah dibasuh bersih, rebus sehingga mendidih kemudian sejukan dan dibuat air mandian kanak-kanak tersebut. Amalkan berterusan selama seminggu Insya-Allah demam kuning akan beransur-ansur hilang.

Kulit Halus Dan Gebu

Campurkan sedikit tepung ubi dengan air asam jawa kemudian gaul sebati. Sapukan ramuan ini ke muka pada waktu malam, biarkan kering dan bolehlah bilas. Lakukan seminggu 2 kali pasti kulit muka menjadi halus dan gebu.

Putihkan Gigi

Jika gigi anda kuning, putihkan dengan menggunakan batang serai. Ambil sebatang serai kemudian diketuk, gosokkan pada gigi selama 5 minit. Gosok 3 kali seminggu Insyaallah gigi pasti putih dan yang penting rajin melakukannya.

Kurangkan Ruam

Jika bayi anda mengalami ruam pada bahagian celah peha dan punggung bolehlah amalkan petua ini. Ambil tepung ubi dan sapukan pada bahagian ruam sebelum dipakaikan lampin. Amalkan selalu.

Cirit Birit Dan Sembelit

Ambil segenggam daun pucuk jambu batu kemudian rebus dalam air yang mendidih selama 10 minit.Selepas air rebusan sejuk, bolehlah diminum sekurang-kurangnya segelas sehari selama 3 hari berturut-turut dan mengikut keperluan. SELAMAT MENCUBA!

Daun Jambu Cegah Jerawat Batu

Ambil beberapa helai daun jambu batu dan ramas dengan sedikit air kemudian sapukan ke seluruh wajah sambil berselawat. Lakukan setiap hari mengikut kemampuan, jika rajin mengamalkannya anda akan tampil dengan wajah licin tanpa jerawat

Hilangkan Cagu

Perahkan sedikit air limau pada kuku yang mencengkam daging (cagu) dan biarkan selama beberapa minit. Jika boleh potong kuku yang termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dengan menitikkan air limau pada cagu, Insyaallah cagu akan beransur pulih.

Barbeku Lazat

Barbeku yang enak pasti disukai ahli keluarga, mari kita cuba petua melazatkan barbeku. Gaulkan bahan utama dengan garam, rempah ratus dan perap semalaman, masukan sedikit air limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir. Jika menggunakan daging, bungkus daging tersebut dengan daun betik untuk melembutkannya. Bungkus dan sejukan selama 48 jam. SELAMAT MENCUBA!

Bawang Goreng Wangi dan Rangup

Kupas bawang dan rendam dalam air garam selama 10 minit, kemudian bilas sebelum dihiris nipis-nipis. Masukkan tepung gandum ( mengikut kuantiti bawang ) dan gaul rata, goreng bawang tersebut diatas api sederhana sehingga garing. Selepas itu simpan dalam bekas kedap udara Insyaallah bawang goreng akan tahan lama, lebih wangi dan rangup.

Kari lebih berperisa

Untuk mendapatkan rasa kari yang enak dan lebih berperisa, tambahkan sedikit ketumbar dan sebiji bawang putih ketika kari anda sedang menggelegak dan hendak diangkat, hasilnya pasti memuaskan.

Payudara kekal cantik

Setiap wanita yang telah melahirkan anak tentu mengalami masalah payudara kendur dan 'jatuh'. Untuk mengatasi masalah ini puan bolehlah mencuba petua ini untuk mendapatkan payudara yang segar, halus dan kulitnya anjal dengan memanaskan 1 sudu minyak sapi. setelah menjadi minyak sapukan pada payudara dan urut selama 15 minit, selepas itu lap dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Jika rajin mengamalkannya, anda akan dapat merasai perubahannya.

Cantikan kulit

Ambil putih telur dan gaul sebati kemudian sapukan pada muka dan biarkan dalam 15 hingga 20 minit. Basuh dengan air suam, amalkan seminggu 3 kali pada waktu malam pasti muka anda nampak lebih lembab, licin dan berseri.

Bau busuk kereta

Adakala makanan yang anda bawa ketika membeli belah atau pulang ke kampung akan meninggalkan bau tidak enak untuk jangka masa lama dalam kereta. Contohnya: bau durian sukar hilang jika dibawa dalam kereta berhawa dingin. Untuk mengatasinya ambil beberapa keping roti sandwich dan letakan dalam bonet kereta untuk beberapa hari, jika baunya masih belum hilang ganti dengan roti baru sehingga baunya tiada lagi Insya-Allah terbukti berkesan.

Tegangkan kulit muka dan kecutkan jerawat

Bersihkan muka dahulu dengan menggunakan air bersih kemudian potong nipis-nipis limau nipis ataupun buah lemon. Gosokkan ke muka dan biarkan sehingga kering, kemudian cuci dengan air bersih Insyaallah lakukan 4 kali seminggu. Muka anda akan jadi licin dan jerawat akan hilang.

Hilangkan tekanan darh tinggi

Bagi yang ingin mengurangkan tekanan darah tinggi, ambil sebiji limau nipis dibelah dua kemudian rendamkan ke dalam air panas didalam gelas. Tutup gelas tersebut dengan piring dan biarkan lebih kurang 10 minit sehingga air menjadi suam. Minum air rendaman limau nipis tadi dan amalkan meminumnya 2 kali sehari, Insya-Allah tekanan darah tinggi akan berkurangan. SELAMAT MENCUBA !

Penawar jerawat

Ambil beberapa helai pucuk daun jambu batu yang berwarna hijau muda kemudian ramas hingga lumat dan berlendir. Gosok pada bahagian muka yang berjerawat dan biarkan selama 5 hingga 10 minit, selepas itu basuh dengan air bersih. Anda akan dapat rasa kesannya, ulangi petua ini setiap kali anda mencuci muka Insyaallah jerawat akan hilang.

Ruam susu

Ramas dua helai daun sirih muda bersama sedikit air, tumbuk ibu kunyit dan campurkan kedua-dua ramuan itu. Bancuh bersama bedak sejuk dan sapukan pada kulit bayi yang terkena ruam susu.

 
Blogger Templates by Wishafriend.com