Wednesday, November 19, 2008

Penawar kencing manis

Cabut sebatang bunga matahari kira-kira 1 inci dari bahagian akarnya kemudian rebus sehingga mendidih dengan 2 gelas air sehingga menjadi segelas. Sejukkan dan tapis sebelum diminum. Minumlah dengan kerap sepanjang seminggu dan Insya-Allah anda kan dapat hasilnya.

Keracunan makanan

Ambil sekekak kangkung dan rebus sehingga mendidih, Setelah agak kering sedikit angkat dan sejukan. apabila telah suam bolehlah diminum airnya.

Penyakit kuning

Ambil sebiji sengkuang cina diperah airnya dan minum. Amalkan selalu Insya-Allah penyakit kuning yang dialami bayi anda akan hilang.

Hilangkan rasa gatal

Sebelum dan selepas haid, ada wanita yang mengalami kegatalan di bahagian alat sulit begitu juga dengan wanita mengandung. Untuk menghilangkan rasa gatal sediakan secebuk air suam yang dicampurkan dengan 2 sudu makan cuka. Cuci sebagai bilasan terakhir kemudian lap kering. lakukan 2 kali selama seminggu atau bergantung pada keadaan mudah-mudahan rasa gatal tersebut beransur hilang.

Banyakkan susu ibu

Ambil sebiji lobak putih kemudian parut halus-halus dan campurkan 5 cawan air serta 3 sudu teh madu. Kacau rata lalu ditapis airnya, minum pagi dan petang dan amalkan minum setiap hari Insyaallah susu akan bertambah banyak serta lebih pekat.

Harumkan badan

Kisar 15 hingga 20 helai daun pandan, tapis dan ambil jusnya untuk dijadikan sebagai mandian. Campurkan dengan air biasa dan gosok di bahagian ketiak, jika rajin amalkan 2 kali seminggu pasti badan anda berbau harum semulajadi.

Tumit kaki pecah dan gatal

Ambil seketul sabun mandi yang kering kemudian gosok pada bahagian tumit kaki yang bermasalah. Lakukan sebelum tidur dan pada keesokan paginya hendaklah dibersihkan, lakukan setiap malam Insyaallah gatal cepat sembuh dan kulit kaki jadi licin.

Luruskan rambut kerinting


Rambut kerinting mudah kusut kalau tidak dijaga dengan betul, bagi yang ingin meluruskan rambut cubalah petua ini : Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan pada rambut dengan cermat kemudian cuci bersih. Cuba selama seminggu dan anda akan dapat lihat hasilnya.

cara nak kempiskan perut lepas bersalin

Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan inginkan perut kempis cubalah petua ini :
Ambil sedikit kapur dan campurkan dengan air perahan limau nipis, sapukan pada perut dan bengkung. Jadikan amalan dalam tempoh berpantang dengan berkat kesabaran anda akan dapat lihat kesannya.

merawat kembong perut bayi

Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. kemudian
layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas
ditekapkan kepada perut dan bengkungkan.

Meredakan batuk

Cara untuk meredakan batuk ialah dengan meminum satu camca kicap manis yang dicampurkan air perahan limau kasturi. Minumlah 3 kali sehari Insya-allah batuk akan reda.

cara nak naikan seri muka bakal pengantin

Untuk bakal-bakal pengantin, di sini saya ada petua menaikkan seri muka untuk bakal pengantin, cuba amalkan memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya. semoga anda berjaya.

Sayur bayam mencerah dan mencantikan kulit bayi


Sekiranya ada sesiapa di luar sane yang sedang hamil dan inginkan anak berkulit cerah dan cantik banyak-banyaklah makan sayur bayam tidak kira bayam hijau atau merah. Amalkan setiap hari dan jadikan amalan Insyaallah dengan izinNya akan berhasil.






 
Blogger Templates by Wishafriend.com