Saturday, December 20, 2008

Rambut berkilat dengan daun teh



Selain sedap diminum, teh juga boleh melembutkan rambut. caranya dengan merendamkan daun teh ke dalam air yang agak panas. sejukkan dan kemudian cuci rambut anda dengan air teh tersebut.Hasilnya rambut akan lebih licin dan berkilat.

Rambut berkilat dengan daun teh

Meredakan kesakitan sengatan ikan keli


Untuk meredakan kesakitan akibat terkena sengatan ikan keli ,ambil biji asam jawa dan dipotong kemudian lekatkan biji asam jawa tersebut pada bahagian yang disengat. Selain daripada ikan keli,petua ini juga boleh diamalkan bagi mengatasi sengatan ikan berbisa yang lain.

Cara Mudah bersihkan periuk


Setiap kali mencuci periuk gunakan sabun mandi untuk tujuan membersihkan segala kotoran dan tanda hitam di bahagian belakang atau di dalam periuk pasti periuk anda akan berkilat seperti baru.

Atasi Senggugut



Berhadapan dengan masalah senggugut saban bulan memang menyakitkan, ambil sembilan biji pinang tua dan bakar sehingga menjadi arang kemudian tumbuk halus dan campurkan bersama secawan air suam. Minum selama 9 hari berturut-turut dari hari pertama didatangi haid. Insya-allah akan pulih.

Atasi masalah betis bersisik



Bagi mendapatkan betis yang cantik dan tidak bersisik, sapukan getah timun pada bahagian betis dan biarkan sehingga kering. Setelah itu,bersihkan bahagian tersebut dengan tuala basah yang telah direndam dengan air suam. lakukan sekerap mungkin sehingga betis tidak bersisik lagi.

Tiada Selera makan


Bagi menyelesaikan masalah anak kurang selera makan, lebihkan secawan air semasa menanak nasi dan biarkan sehingga mendidih. Sendukkan secawan air didihan nasi dan masukkan sedikit gula,biarkan sehingga sejuk setelah itu berikan anak anda minum sehari sekali dan cara ini membantunya berselera untuk makan.

Kekalkan Kesegaran Sayur


Bagi mengekalkan kesegaran sayur caranya cukup mudah, bungkus sayur dalam suratkhabar lalu disimpan dalam peti sejuk. Sayuran akan tahan lebih lama.

Sembuhkan Tangan Terkena Kuali Panas


Tangan yang terkena kuali atau periuk panas ketika memasak biasanya selalu dialami oleh suri rumah. Jika ia berlaku seeloknya gosokkan tangan anda ke cuping telinga untuk beberapa ketika Insya-Allah ianya tidak akan melarat.

Jem Tahan Lama


Jika anda memilih untuk membuat jem sendiri,pasti ianya tidak akan tahan lebih lama berbanding dengan yang dijual dipasaran kerana tiada bahan pengawet. Bagi memastikan itu tidak berlaku, semasa jem sedang mendidih masukkan 1 sudu besar pati buah oren. Hasilnya jem akan tahan lama.

Kuah Kacang Lebih Sedap



Bagi mendapatkan kuah kacang yang lebih enak,praktikkan langkah ini. Sebelum mengisar cili, bawang putih dan bawang merah,gorengkan terlebih dahulu bahan-bahan tersebut setelah itu bolehlah dimasak seperti biasa, Insya-allah anda akan dapat menikmati rasa kuah kacang yang lebih sedap lagi.

Hilangkan Lendir Ikan Keli



Untuk menghilangkan lendir pada ikan keli, gosokkan ikan keli dengan menggunakan daun serai kemudian bilas bersih dengan air dan setelah itu bolehlah dimasak mengikut cita rasa anda.

Daun Sup Tahan Lama



Untuk mengekalkan kesegaran daun sup, cuci daun sup terlebih dahulu sehingga bersih. Potong dan kemudian simpan di dalam bekas yang bertutup rapat setelah itu masukkan ke dalam peti ais, dengan cara ini ia akan bertahan lebih dari seminggu dan lambat layu.

Sambal Belacan Lebih Enak



Untuk mendapatkan sambal belacan yang lebih enak, dapatkan cili merah, cili hijau, cili padi, bawang putih dan tomato. Gorengkan terlebih dahulu sebelum dikisar atau ditumbuk bersama belacan yang telah dibakar kemudian perahkan limau untuk mendapatkan rasa yang lebih enak. SELAMAT MENCUBA!!!

Sambal Belacan Lebih Enak

 
Blogger Templates by Wishafriend.com