Ambil beberapa batang serai seelok-eloknya bersama akarnya kemudian ketuk serai itu agar batangnya pecah sedikit dan rebus selama beberapa minit sehingga naik aroma bau serai tersebut, setelah itu sejukkan. Ambil air rebusan serai tadi dan sapukan di kepala, selain mempercepatkan proses pemanjangan rambut ia juga dapat menguatkan akar rambut serata mampu menyejutkan kulit kepala.
Monday, November 24, 2008
Rambut Cepat Panjang
Dicatat oleh aneka petua di 11:17 PM
Jeragat Di Muka
Ambil tiga helai daun sirih muda dan ramas di dalam datu bekas, gosokkan sirih muda ini ke bahagian muka yang berjeragat dan jangan gosok terlalu kuat kerana dikhuatiri akan menimbulkan kesakitan pada kulit wajah. Air sirih tersebut boleh sapukan ke muka untuk melembutkan kulit wajah sekali gus dapat mengurangkan jeragat. Amalkan 3 kali seminggu Insya-Allah anda kan dapat hasilnya.
Dicatat oleh aneka petua di 11:06 PM
Atasi Masalah Jerawat
Ambil akar pokok asam kelapa kemudian diasah dengan sedikit air sehingga pekat, sapukan ke seluruh muka siang atau malam Insya-Allah.
Dicatat oleh aneka petua di 11:03 PM
Getah Pohon Kemboja Atasi Sengal Tulang
Ambil sedikit getah pohon kemboja kemudian sapukan pada sendi yang terasa sengal sambil berselawat. Cara ini dipercayai dapat melegakan sakit sengal tulang dengan berkesan.
Dicatat oleh aneka petua di 11:00 PM
Hilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih kemudian hiris nipis-nipis dan tampalkan pada kiri dan kanan pelipis, biarkan semalaman. Hirisan tadi akan tanggal sendiri apabila kering dan sakit akan beransur hilang.
Dicatat oleh aneka petua di 6:01 AM
Pulihkan Batuk Dengan Segera
Ambil lapan helai daun pudina dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama 5 minit, minum airnya beberapa kali agar batuk tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina Insya-Allah batuk akan segera hilang.
Dicatat oleh aneka petua di 5:58 AM
Menghaluskan Wajah
Ubi kayu dan daun pandan ditumbuk hingga halus kemudian perah dan tapis airnya, ambil pati dan sapukan pada muka hingga kering. Bilas dengan air
Dicatat oleh aneka petua di 5:52 AM
Hilangkan Kelemumur
Ambil tiga biji limau nipis dan potong nipis kemudian rendamkan ke dalam air panas selama 5 minit, jadikan air ini sebagai bilasan sete lah mencuci rambut kemudian bilas rambut anda dengan air biasa. Petua inibukan sahaja dapat menghilangkan kelemumur malah dapat mewangikan dan menghitamkan rambut.
Dicatat oleh aneka petua di 5:42 AM
Buih Sabun Mandi Atasi Kulit Melecur
Apabila terkena minyak panas atau air panas, gosokkan bahagian yang melecur tadi dengan buih sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian tersebut tidak sakit lagi Insya-Allah.
Dicatat oleh aneka petua di 5:37 AM
Rambut Tidak Bercabang
Bersihkan sehelai daun lidah buaya dan potong kecil kemudian campurkan bersama air bilasan beras yang kedua, ramas daun lidah buaya tadi hingga mengeluarkan lendir sapukan campuran tadi ke atas kulit kepala dan seluruh rambut. Lakukan 2 kali sehari untuk kesan yang lebih cepat.
Dicatat oleh aneka petua di 5:22 AM
Pisang Haluskan Kulit Sensitif
Lumatkan setengah biji pisang yang sudah dikupas kulitnya kemudian sapukan pada kulit yang telah dibersihkan, biarkan selama15 minit dan bilas dengan air bersih. Ulangi cara ini seminggu sekali.
Dicatat oleh aneka petua di 5:17 AM
Angin Dalam badan
Ambil sedikit halia dan direbus dengan air hingga mendidih selepas itu campurkan dengan serbuk teh dan sedikit gula. Amalkan meminumnya Insya-Allah badan anda mempunyai keseimbangan yang baik dan perjalanan darah yang lancar.
Dicatat oleh aneka petua di 4:38 AM
Legakan Panas Badan
Ambil sebiji buah kundur yang bersaiz kecil dan dipotong tiga, ambil sepotong dan kisar bersama air kelapa dan seketul gula batu kemudian tapis dan minum airnya. Amalkan setiap kali terasa panas dalam badan.
Dicatat oleh aneka petua di 3:22 AM
Kurangkan Perut Buncit
Ambil satu atau dua keping asam gelugur kemudian masukkan ke dalam segelas air panas, biarkan selama beberapa jam sehingga asam gelugur itu kembang dan air menjadi suam. Selepas itu bolehlah diminum setiap pagi dan malam, amalkan selalu minum air asam gelugur ini Insya-Allah masalah perut buncit akan berkurangan.
Dicatat oleh aneka petua di 3:17 AM
Hilangkan Kesan Lebam
Untuk menghilangkan kesan lebam pada mana-mana anggota badan, rebus telur kemudian kupas kulitnya. Sapukan pada kesan lebam tersebut dalam keadaan telur rebus masih panas, lakukan selama 10 minit dan biarkan ia sehingga terasa melekit pada kesan lebam tersebut.Amalkan petua ini setiap hari sehingga kesan lebam hilang.
Dicatat oleh aneka petua di 3:13 AM
Merawat Darah tinggi
Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk hingga lumat, kemudian perah sehingga keluar air. Ambil air itu dan minum setiap pagi Insya-Allah tekanan darah tinggi akan berkurangan.
Dicatat oleh aneka petua di 1:28 AM
Elak Bayi Kembung
Bayi yang menangis disebabkan kembung perut amat merunsingkan ibu bapanya oleh itu untuk mengatasi masalah kembung perut ini adalah dengan mengambil jintan manis, bunjutkan. Kemudian alinkan diatas api nyalaan lilin yang berwarna biru. Jangan terlalu panas kemudian tuamkan ke atas perut dibawah pusat bayi Insya-Allah kembung perut akan sembuh.
Dicatat oleh aneka petua di 12:58 AM
Elak Mulut Berbau
Amalkan memakan buah-buahan setiap malam sebelum tidur dan apabila bangun tidur pula anda harus berkumur-kumur berulang kali sebelum menggosok gigi.
Dicatat oleh aneka petua di 12:02 AM