Kebanyakan suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang lembut seperti yang didapati dikedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini puan-puan tidak perlu bimbang lagi. Ketika puan-puan mahu membuat adunan elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru diuli seperti biasa.
Sunday, June 21, 2009
Petua Roti Canai Lembut
Dicatat oleh aneka petua di 11:47 PM
Meratakan Garam Untuk Kerepek
Untuk memudahkan garam rata pada semua kerepek yang digoreng, letakkan garam pada minyak panas yang akan digunakan untuk menggoreng kerepek. Cara ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan garam malah kerepek anda tidak akan lagi terasa terkurang atau terlebih masin.
Dicatat oleh aneka petua di 11:44 PM
Mengekalkan Warna Sayur Hijau
Caranya mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.
Dicatat oleh aneka petua di 11:35 PM
Mengatasi Ruam Susu
Ramas 2 helai daun sirih muda bersama sedikit air.
Tumbukkan ibu kunyit sebesar jari kelengkeng.
Campurkan kedua bahan tersebut, kemudian bancuh bersama bedak sejuk.
Sapukan pada kulit bayi yang terkena ruam susu.
Dicatat oleh aneka petua di 8:20 PM
Melebatkan Rambut Anak
Ambil seranting daun asin, seranting daun delima dan 6 helai daun melur.
Kesemua daun akan digiling, campurkan bersama bedak sejuk dan air.
Sapukan di kepala bayi. Amalkan setiap hari.
Dicatat oleh aneka petua di 8:17 PM
Kempiskan Perut Selepas Bersalin
Caranya ambil lada hitam kira-kira 2 setengah genggam tumbuk halus dan dicampur dengan sebiji ragi kemudian gaulkan bahan tadi dengan cuka yang telah dicampur air asam jawa. Setelah ramuan tersebut sebati, sapukan di perut dan keliling pinggang kemudian bengkung ketat. Seeloknya dilakukan pada waktu pagi selepas bertungku. Insya-Allah berhasil.
Dicatat oleh aneka petua di 8:05 PM
Menjarakan Kelahiran
Ambil lengkuas sebesar ibu jari, halia sebesar ibu jari, 10 biji lada hitam dan 1/4 keping ragi.
Semua bahan ditumbuk halus, campurkan segelas air mendidih.
Tapis dan kemudian, campurkan sedikit air limau nipis dan sedikit garam.
Minum sebulan sekali sebelum tidur tapi sekiranya anda sedang mengandung dinasihatkan jangan minum ramuan ini kerana ia boleh menyebabkan keguguran.
Dicatat oleh aneka petua di 8:00 PM
Badan Langsing Lepas Bersalin
Caranya ambil 5 biji halia cina, 15 biji lada hitam dan sedikit ikan bilis kemudian tumbuk semua bahan sehingga lumat. Perahkan air limau nipis lalu makan bersama nasi panas pagi dan malam setiap hari semasa dalam pantang.
Dicatat oleh aneka petua di 7:53 PM
Merawat Sembelit Lepas Bersalin
Ambil daun sawi ditumis dengan sedikit minyak masak dan sedikit air.
Amalkan makannya setiap hari. ataupun cuba amalkan meminum segelas air perahan limau sunkist suam yang dicampurkan dengan sedikit madu lebah. Amalkan sebelum sarapan. Insya-Allah.
Dicatat oleh aneka petua di 7:47 PM
Membetulkan Perjalanan Haid Selepas Bersalin
Ambil segenggam pucuk senduduk.
Rebus dengan 2 cawan air sehingga tinggal secawan.
Baca Bismillah dan selawat 3 kali.
Minum air rebusan tersebut.
Lakukan 3 hari berturut-turut.
Dicatat oleh aneka petua di 7:35 PM
Mengecutkan Rahim
Bagi ibu yang baru lepas bersalin cara untuk mengecutkan rahim ialah dengan mengambil sebiji atau 2 manjakani kemudian rendam dalam air panas beberapa minit, dan selepas manjakani agak lembut. Tumbuk halus kemudian gentel bulat-bulat sebesar biji kacang dan telan. Amalkan setiap hari pagi dan petang.
Dicatat oleh aneka petua di 7:30 PM
Memulihkan Luka Jahitan Selepas Bersalin
Caranya dengan merebus daun dan kulit pokok tanjung secukupnya.
Gunakan air tersebut untuk membasuh tempat luka.Insya-Allah luka akan cepat sembuh. Selamat Mencuba!
Dicatat oleh aneka petua di 6:58 PM
Rawat Bengkak Kaki Semasa Hamil
Caranya ialah campurkan sedikit jadam dengan air.
Masak/rebus campuran tersebut hingga jadam hancur dan pekat.
Sapukan kepada kaki / betis ketika kadam masih suam.
Baca selawat 3 kali. (disapukan ketika hendak tidur).Amalkan setiap semasa mengandung.
Dicatat oleh aneka petua di 6:32 PM
Melazatkan Ikan Beku
Ikan yang disimpan lama di dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Cara mengatasinya ialah: rendamkan ikan tersebut di dalam susu segar selama 15 minit. Masaklah seperti biasa. Ikan akan menjadi segar semula dan enak dimakan.
Dicatat oleh aneka petua di 12:53 AM
Cara Memasak Bubur Dengan Cepat
Caranya masak beras hingga kembang. Apabila air hampir kering. Tutupkan api.Biarkan seketika. Kemudian masakkan semula. Bubur nasi akan cepat lembut.
Dicatat oleh aneka petua di 12:49 AM
Mengilatkan Perabot
Perabot rotan selalu berhabuk dan semakin lama, warnanya akan pudar. Untuk mengilatkannya kembali, gosoklah minyak kelapa pada perabot tadi.
Dicatat oleh aneka petua di 12:26 AM
Cara Bersihkan Barangan Kemas
Rendam barang kemas dalam air suam selama satu jam. Kemudian berusnya dengan ubat gigi menggunakan berus gigi yang lembut. Gosoklah sehingga dakinya hilang. Kemudian cuci dan rendamkan dalam air teh selama beberapa jam. Kemudian keringkan atau rendamkan barang kemas dalam air asam jawa dan biarkan semalaman. Kemudian gosok menggunakan ubat dan berus gigi. Anda lihatlah hasilnya.
Dicatat oleh aneka petua di 12:22 AM
Bersihkan Kesan Kotoran pada Seterika
Caranya ialah dengan menggosokkan seterika anda yang panas di atas sehelai daun pisang. Hasilnya seterika dapat digunakan semula dengan licin dan sempurna.
Dicatat oleh aneka petua di 12:09 AM
Cara Bersihkan Kupang
Cara untuk mengelakan kupang berpasir ketika dimasak ialah dengan merendamkan kupang selama 10 minit dengan air biasa kemudian toskan dan masaklah seperti biasa. Anda akan dapati isi kupang bersih dan tidak berpasir lagi. Selain itu kepah, kerang dan lala juga boleh dibersihkan dengan cara ini. Selamat Mencuba!!
Dicatat oleh aneka petua di 12:03 AM