Bagi menikmati keenakan buah tembikai dan untuk mengelakkan dari sebarang alahan yang mungkin dialami, rendamkan terlebih dahulu buah tembikai ke dalam sebaldi air selama 5 hingga 6 jam sebelum dipotong. Setelah itu barulah dipotong dan dimakan,Insya-allah buah akan terasa lebih segar.
Sunday, December 21, 2008
Buah Tembikai Segar Dan Enak
Dicatat oleh aneka petua di 8:12 PM
Hilangkan Bau Hanyir Ikan
Untuk menghilangkan lendir dan bau hanyir ikan, sapukan ikan yang telah disiang dengan asam jawa dan sedikit air. Biarkan seketika dan kemudian cuci ikan tersebut, taburkan tepung gandum,ramas dan biarkan seketika kemudian cuci sekali lagi dengan air bersih.
Dicatat oleh aneka petua di 7:28 PM
Ikan Rebus Tahan Lama
Untuk memastikan ikan yang direbus tahan lama dan lebih pejal, masukkan cuka makan ,asam keping dan sedikit garam ketika proses merebus. Ikan juga akan rasa lebih enak dimakan.
Dicatat oleh aneka petua di 7:25 PM
Petua Tetap Langsing
Untuk mendapatkan tubuh yang langsing, sediakan satu cawan teh pahit kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Amalkan setiap pagi dan petang, lebih baik jika ia diminum ketika masih panas.
Dicatat oleh aneka petua di 7:15 PM
Dahan Durian Belanda Halau Tikus
Risau dengan kehadiran tikus yang berkeliaran di dalam mahupun di luar rumah? Dapatkan dahan pokok durian belanda dan letakkan di bahagian tersembunyi seperti dibawah almari. Pasti tikus akan menjauhi rumah anda.
Dicatat oleh aneka petua di 6:37 PM
Barang Tembaga Lebih Berkilat
Sayang kiranya barang tembaga dibiarkan kusam begitu sahaja, ambil segenggam asam jawa dan campurkan dengan sedikit air kemudian lumurkan pada barang tembaga selama 1 jam. Hasilnya dapat anda lihat serta merta.
Dicatat oleh aneka petua di 6:29 PM
Itik Cepat Bertelur
Bagi yang ingin menternak itik,bolehlah mengamalkan petua ini. Ambil sebatang keladi dan potong halus. Campurkan pada dedak dan air kemudian bagi makanan ini pada itik setiap pagi dan petang,Insya-allah itik akan lebih cepat bertelur.
Dicatat oleh aneka petua di 4:11 AM
Lobak Atasi Masalah Mata
Sering terdedah dengan cahaya berlebihan menjadi faktor kepenatan mata, oleh itu kisar 2 hingga 3 biji lobak merah dan campurkan sedikit gula batu atau gula pasir. Amalkan meminumnya dan mata akan kembali bersinar,serat lobak pula jangan dibuang kerana ia boleh dijadikan masker.
Dicatat oleh aneka petua di 4:04 AM
Wajah kembali tegang
Semakin meningkat usia, kulit wajah menjadi kendur. Untuk menegangkan kulit wajah,ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga garing. Tumbuk beras tersebut menjadi halus dan campurkan dengan sebiji putih telur, 1 sudu perahan limau nipis, 1 sudu madu dan 1 sudu susu tepung. kacau hingga sebati dan sapukan ke muka selama 15 minit setelah itu basuh muka menggunakan air suam. Amalkan petua ini sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Dicatat oleh aneka petua di 3:57 AM
Daun Pegaga Atasi Keputihan
Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, rebus secekak daun pegaga yang telah dibersihkan bersama akarnya.Angkat daun pegaga setelah mendidih dan masukkan sedikit garam.Biarkan sehingga suam dan gunakan air tersebut untuk mencuci bahagian sulit,amalkan 3 kali seminggu.
Dicatat oleh aneka petua di 3:50 AM
Sengkuang Cina Atasi Penyakit Kuning
Untuk mengurangkan penyakit kuning pada bayi, ambil sebiji sengkuang cina kemudian kisar dan perah ambil airnya. Titiskan ke mulut bayi, kepada ibu yang mengandung 8 bulan juga boleh mengamalkan makan buah sengkuang cina ataupun memperbanyakkan makan kurma.
Dicatat oleh aneka petua di 3:43 AM
Awet Muda Dengan Halia
Disamping digunakan dalam masakan, halia juga mempunyai khasiat dalam kecantikan. Caranya dengan memakan halia sebagai ulaman iaitu dimakan secara mentah bersama nasi. Amalkan selalu agar anda dapat melihatkan hasilnya, perjalanan darah juga akan lebih lancar.
Dicatat oleh aneka petua di 3:36 AM
Jagung Muda Keringkan Campak
Campak sering kali menyerang kanak-kanak, bagi ibu bapa yang mahu mempercepatkan proses menghilangkan campak. ambil beberapa biji buah jagung muda yang telah direbus. Sisir dan kemudian kisar butiran sehingga halus, sapukan ke seluruh tubuh dan lakukan 2 kali sehari.
Dicatat oleh aneka petua di 2:00 AM
Santan Kelapa Hindari Kelemumur
Bagi menghilangkan kelemumur, ambil santan kelapa dan campurkan bersama air limau nipis kemudian gosokkan ke seluruh kulit kepala dan urut lembut. Biarkan selama 1 jam selepas itu cuci seperti biasa, kelemumur akan hilang dan rambut kelihatan lebih hitam.
Dicatat oleh aneka petua di 1:22 AM
Hilangkan rasa pijar akibat cili padi
Bagi mengelakkan rasa pijar selepas memegang cili padi, ambil segenggam daun cili padi kemudian tumbuk hingga hancur dan lumurkan pada tempat yang terkena cili. Tunggu hingga kering dan bersihkan.
Dicatat oleh aneka petua di 1:15 AM
Kerak Pisang Goreng Lebih wangi
Untuk mendapatkan kerak pisang goreng yang wangi, hiriskan sebiji limau nipis dan masukkan ke dalam bancuhan tepung. Insya-allah kerak pisang goreng akan menjadi lebih wangi, enak dan rangup.
Dicatat oleh aneka petua di 1:11 AM
Baulu Tidak Melekat
Salah satu petua untuk mengelakkan kuih baulu melekat di loyang baulu ialah dengan menyapukan minyak hasil dari gorengan kuning telur. Insya-allah baulu yang dibakar tidak akan melekat dan mudah dikeluarkan.
Dicatat oleh aneka petua di 1:00 AM
Hilangkan Gatal Sayur Keladi
Rasanya enak tetapi ramai yang tidak tahu cara yang betul untuk menghilangkan rasa gatal ketika memasak batang keladi. Batang keladi yang hendak dibuat sayur perlu direbus terlebih dahulu. Ini dapat membantu menghilangkan gatal batang keladi selain melembutkan batang keladi sebelum dimasak.
Dicatat oleh aneka petua di 12:51 AM
Bawang jauhi semut
Geram apabila melihat semut yang berkerumun di dalam bekas gula anda, atasinya dengan menyimpan gula di dalam bekas kedap udara dan masukkan bawang merah bersama bunga cengkih. hasilnya pasti memuaskan.
Dicatat oleh aneka petua di 12:40 AM