Untuk menghilangkan sakit perut dan cirit-birit,ambil sehelai dua pucuk jambu batu yang muda kemudian ditengah-tengah daun itu diletakkan garam. Bungkus dan terus kunyah daun tersebut Insya-Allah masalah sakit perut tidak ada lagi.
Friday, November 28, 2008
Elak Demam Kuning


Bayi yang baru lahir mudah dijangkiti demam kuning,untuk mengelakkan bayi terkena penyakit ini. Ambil sedikit bedak sejuk yang dicampurkan dengan air cap badak kemudian lumurkan pada tubuh bayi dari kepala hingga ke kaki lebih kurang sepuluh hari. Lakukan setiap kali bayi mandi, ia juga bertujuan menyejukkan badan bayi semasa tempoh berpantang. Selain itu anda boleh juga letakkan daun sukun dibawah tilam bayi Insya-Allah petua ini boleh membantu.
Dicatat oleh aneka petua di 4:58 AM
Air Kelapa Penawar Denggi

Ambil beberapa helai daun pucuk betik jantan, dikisar lalu diperah airnya kemudian campurkan dengan air kelapa. Amalkan meminumnya Insya-Allah demam denggi akan sembuh dan paras bacaan darah akan naik.
Dicatat oleh aneka petua di 4:52 AM
Hilangkan Panau

Ambil sedikit daun kesum dan tumbuk hingga lumat, kemudian sapukan pada badan atau kawasan yang ada panau. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan Insya-Allah Panau akan hilang.
Dicatat oleh aneka petua di 4:44 AM
Lada Putih Ubati Bisa Gigitan Lipan

Ambil beberapa biji lada putih kemudian tumbuk halus dan campurkan sedikit minyak masak, gaul sebati dan sapukan pada bekas gigitan lipan Insya-Allah bisa gigitan lipan akan berkurangan.
Dicatat oleh aneka petua di 4:36 AM
Pusat bayi Tidak Tersembul
Bayi yang sudah tercabut pusatnya hendaklah dijaga supaya pusat bayi tidak tersembul, ambil seulas bawang putih yang ditumbuk bersama secamca teh jintan putih dan sedikit abu dapur kayu arang. Bungkus semua didalam kain dan ikat kemas kemudian salai diatas bara atau batu yang telah dipanaskan. Apabila sudah suam kuku,tekan perlahan-lahan di keliling pusat dan perut bayi Insya-Allah bayi akan lebih selesa.
Dicatat oleh aneka petua di 4:28 AM
Kurangkan Batuk
Ambil sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya, campurkan dengan sedikit kapur sirih dan kacau hingga sebati kemudian sapukan pada tekak atau leher dan biarkan kering. Amalkan setiap hari sehingga batuk berkurangan.
Dicatat oleh aneka petua di 4:23 AM
Buang Angin Dalam Badan
Ambil kunyit muda lebih kurang 1 1/2 cm kemudian buang kulitnya dan hiris nipis nipis, jadikan sebagai ulam-ulaman dan makan 2 kali seminggu Insya-Allah anda akan dapati badan lebih segar dan angin badan dapat dikeluarkan.
Dicatat oleh aneka petua di 4:20 AM
Buah Lai Legakan cirit-Birit
Untuk melegakan cirit-birit ,ambil sebiji buah lai yang telah disejukkan kemudian kisar bersama kulitnya sekali sehingga menjadi jus. Minum jus tersebut Insyaallah cirit-birit akan beransur sembuh.
Dicatat oleh aneka petua di 4:16 AM
Botol Susu Lebih Bersih

Botol susu yang sudah lama digunakan akan kelihatan kelabu dan tidak bersih, cuba gunakan kulit telur yang kemudiannya diramas dan digoncangkan dengan air. Pasti botol susu anda akan kelihatan lebih bersih dan bersinar.
Dicatat oleh aneka petua di 4:08 AM
Halau Kelekatu
Ambil beberapa tangkai cili kering dan bakar sehingga naik bau kemudian ikat dengan tali dan gantungkan pada lampu Insya-Allah kelekatu akan hilang.
Dicatat oleh aneka petua di 4:04 AM
Hilangkan Bau Mulut Selepas Makan Petai


Makan petai memang enak dan baik untuk kesihatan tetapi ramai yang enggan untuk memakannya kerana bau mulut selepas menikmatinya. Untuk itu,ambil 2 sudu beras yang telah dibasuh kemudian kunyah sehingga halus Insya-Allah bau mulut akan hilang.
Dicatat oleh aneka petua di 2:23 AM
Kurangkan Sakit Dan Bengkak payudara

Terutama kepada wanita yang mengalami proses pengeluaran air susu,ambil beberapa helai daun kacang panjang kemudian tumbuk hingga hancur dan simpan dalam bekas tahan panas. Tuangkan dengan air panas mendidih dan biarkan hingga suam, sapukan di pangkal dan sekitar payudara. Lakukan sekerap yang mahu.
Dicatat oleh aneka petua di 2:17 AM
Atasi Dengkur


Ambil tujuh biji buah badam dan tumbuk sehingga lumat, kemudian campurkan dengan air susu suam. Kacau campuran ini hingga sebati kemudian minum. Insya-Allah dengkur anda akan hilang sedikit demi sedikit, amalkan 2 kali seminggu.
Dicatat oleh aneka petua di 2:12 AM
Thursday, November 27, 2008
Hilangkan Bau Ketiak
Ketiak yang berbau tentunya amat memalukan si empunya diri, untuk menghilangkan bau ketiak yang paling berkesan cubalah petua ini. Tiap kali selepas mandi, ambil sedikit kapur sirih kemudian sapukan pada ketiak dan biarkan kering.Setelah itu bersihkan dan amalkan 2-3 kali seminggu Insya-Allah bau ketiak bukan masalah lagi.
Dicatat oleh aneka petua di 11:24 PM
Tegangkan Payudara
Semua wanita inginkan payudara yang tegang, besar dan menarik, jadi tidak salah jika anda mencuba petua ini. Caranya,panaskan 2 sudu minyak sapi dan sejukkan kemudian tuangkan ke dalam bekas. Urut payudara menghala ke atas selama 15 minit menggunakan minyak sapi tersebut,biarkan seketika dan lap menggunakan tuala suam sehingga bersih. Amalkan selalu untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Dicatat oleh aneka petua di 11:19 PM
Mengecutkan Rahim

Selepas bersalin anda dinasihatkan minum air kunyit muda untuk mempercepatkan proses pengecutan rahim ke tempat asalnya. Ambil beberapa ketul kunyit muda kemudian kisar bersama putih telur setelah itu tapis dan minum airnya tiga hari berturut-turut. Walaupun rasanya memualkan tapi sangat berkhasiat mengembalikan kecergasan badan selepas 9 bulan mengandung dan kemudian melahirkan. Cubalah!
Dicatat oleh aneka petua di 11:10 PM
Monday, November 24, 2008
Rambut Cepat Panjang

Ambil beberapa batang serai seelok-eloknya bersama akarnya kemudian ketuk serai itu agar batangnya pecah sedikit dan rebus selama beberapa minit sehingga naik aroma bau serai tersebut, setelah itu sejukkan. Ambil air rebusan serai tadi dan sapukan di kepala, selain mempercepatkan proses pemanjangan rambut ia juga dapat menguatkan akar rambut serata mampu menyejutkan kulit kepala.
Dicatat oleh aneka petua di 11:17 PM
Jeragat Di Muka

Ambil tiga helai daun sirih muda dan ramas di dalam datu bekas, gosokkan sirih muda ini ke bahagian muka yang berjeragat dan jangan gosok terlalu kuat kerana dikhuatiri akan menimbulkan kesakitan pada kulit wajah. Air sirih tersebut boleh sapukan ke muka untuk melembutkan kulit wajah sekali gus dapat mengurangkan jeragat. Amalkan 3 kali seminggu Insya-Allah anda kan dapat hasilnya.
Dicatat oleh aneka petua di 11:06 PM
Atasi Masalah Jerawat
Ambil akar pokok asam kelapa kemudian diasah dengan sedikit air sehingga pekat, sapukan ke seluruh muka siang atau malam Insya-Allah.
Dicatat oleh aneka petua di 11:03 PM
Getah Pohon Kemboja Atasi Sengal Tulang
Ambil sedikit getah pohon kemboja kemudian sapukan pada sendi yang terasa sengal sambil berselawat. Cara ini dipercayai dapat melegakan sakit sengal tulang dengan berkesan.
Dicatat oleh aneka petua di 11:00 PM
Hilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih kemudian hiris nipis-nipis dan tampalkan pada kiri dan kanan pelipis, biarkan semalaman. Hirisan tadi akan tanggal sendiri apabila kering dan sakit akan beransur hilang.
Dicatat oleh aneka petua di 6:01 AM
Pulihkan Batuk Dengan Segera

Ambil lapan helai daun pudina dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama 5 minit, minum airnya beberapa kali agar batuk tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina Insya-Allah batuk akan segera hilang.
Dicatat oleh aneka petua di 5:58 AM
Menghaluskan Wajah


Ubi kayu dan daun pandan ditumbuk hingga halus kemudian perah dan tapis airnya, ambil pati dan sapukan pada muka hingga kering. Bilas dengan air
Dicatat oleh aneka petua di 5:52 AM
Hilangkan Kelemumur

Ambil tiga biji limau nipis dan potong nipis kemudian rendamkan ke dalam air panas selama 5 minit, jadikan air ini sebagai bilasan sete lah mencuci rambut kemudian bilas rambut anda dengan air biasa. Petua inibukan sahaja dapat menghilangkan kelemumur malah dapat mewangikan dan menghitamkan rambut.
Dicatat oleh aneka petua di 5:42 AM
Buih Sabun Mandi Atasi Kulit Melecur
Apabila terkena minyak panas atau air panas, gosokkan bahagian yang melecur tadi dengan buih sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian tersebut tidak sakit lagi Insya-Allah.
Dicatat oleh aneka petua di 5:37 AM
Rambut Tidak Bercabang

Bersihkan sehelai daun lidah buaya dan potong kecil kemudian campurkan bersama air bilasan beras yang kedua, ramas daun lidah buaya tadi hingga mengeluarkan lendir sapukan campuran tadi ke atas kulit kepala dan seluruh rambut. Lakukan 2 kali sehari untuk kesan yang lebih cepat.
Dicatat oleh aneka petua di 5:22 AM
Pisang Haluskan Kulit Sensitif

Lumatkan setengah biji pisang yang sudah dikupas kulitnya kemudian sapukan pada kulit yang telah dibersihkan, biarkan selama15 minit dan bilas dengan air bersih. Ulangi cara ini seminggu sekali.
Dicatat oleh aneka petua di 5:17 AM
Angin Dalam badan
Ambil sedikit halia dan direbus dengan air hingga mendidih selepas itu campurkan dengan serbuk teh dan sedikit gula. Amalkan meminumnya Insya-Allah badan anda mempunyai keseimbangan yang baik dan perjalanan darah yang lancar.
Dicatat oleh aneka petua di 4:38 AM
Legakan Panas Badan
Ambil sebiji buah kundur yang bersaiz kecil dan dipotong tiga, ambil sepotong dan kisar bersama air kelapa dan seketul gula batu kemudian tapis dan minum airnya. Amalkan setiap kali terasa panas dalam badan.
Dicatat oleh aneka petua di 3:22 AM
Kurangkan Perut Buncit
Ambil satu atau dua keping asam gelugur kemudian masukkan ke dalam segelas air panas, biarkan selama beberapa jam sehingga asam gelugur itu kembang dan air menjadi suam. Selepas itu bolehlah diminum setiap pagi dan malam, amalkan selalu minum air asam gelugur ini Insya-Allah masalah perut buncit akan berkurangan.
Dicatat oleh aneka petua di 3:17 AM
Hilangkan Kesan Lebam
Untuk menghilangkan kesan lebam pada mana-mana anggota badan, rebus telur kemudian kupas kulitnya. Sapukan pada kesan lebam tersebut dalam keadaan telur rebus masih panas, lakukan selama 10 minit dan biarkan ia sehingga terasa melekit pada kesan lebam tersebut.Amalkan petua ini setiap hari sehingga kesan lebam hilang.
Dicatat oleh aneka petua di 3:13 AM
Merawat Darah tinggi
Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk hingga lumat, kemudian perah sehingga keluar air. Ambil air itu dan minum setiap pagi Insya-Allah tekanan darah tinggi akan berkurangan.
Dicatat oleh aneka petua di 1:28 AM
Elak Bayi Kembung

Bayi yang menangis disebabkan kembung perut amat merunsingkan ibu bapanya oleh itu untuk mengatasi masalah kembung perut ini adalah dengan mengambil jintan manis, bunjutkan. Kemudian alinkan diatas api nyalaan lilin yang berwarna biru. Jangan terlalu panas kemudian tuamkan ke atas perut dibawah pusat bayi Insya-Allah kembung perut akan sembuh.
Dicatat oleh aneka petua di 12:58 AM
Elak Mulut Berbau
Amalkan memakan buah-buahan setiap malam sebelum tidur dan apabila bangun tidur pula anda harus berkumur-kumur berulang kali sebelum menggosok gigi.
Dicatat oleh aneka petua di 12:02 AM
