Wednesday, June 17, 2009

Halau Semut Dalam Gula


Letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba.

Elak Bekas Daripada Berbau


Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau.

Menyegarkan Jambangan Bunga


Cara untuk mengelakkan jambangan bunga dari cepat layu ialah dengan cara :-

  • Tumbuk beberapa biji panadol hingga hancur.
  • Lembabkan sedikit kapas dan sapukan dengan serbuk panadol tadi. Kemudian balutkan pada pangkal bunga dengan kertas timah.

Ayam Tidak Hanyir


Mereka yang gemar makan ayam, pasti tahu cara menghilangkan hanyir. Ayam dipotong dan dibersihkan, diperap beberapa minit dengan garam, asam jawa dan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih. Bubuh garam dan kunyit seperti biasa atau ramuan mengikit selera. Hasilnya ayam bertambah garing dan lazat. InsyaAllah

Buah Keras Atasi Rambut Gugur




Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah keras tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

Khasiat Bunga Melur



Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata. Caranya, ambil beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rasa sejuk air ini akan
melegakan rasa tidak selesa pada mata. Insyaallah

Daun Inai Banyak Kelebihannya


Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untuk merawat luka samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka, ambil beberapa helai daun inai, tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkan pada luka untuk menghentikan pendarahan. Bagi wanita yang baru lepas bersalin atau menjalani pembedahan, makan daun inai tujuh helai pagi dan petang sehingga sembuh. Selamat Mencube!

Daun Senduduk Hilangkan Parut


Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian ramaskan sehingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk dan sapukan ke muka sebelum tidur.Amalkan setiap hari.

Elakan Ikan Goreng Melekat Di Kuali


Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan goreng anda tidak akan melekat lagi.

Kekalkan Kesegaran Sayur


Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi kedalam air yang telah dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga boleh menghilangkan kotoran pada sayur. Selamat Mencuba!





Melicinkan Wajah


Ambil lah sehelai daun sireh dan terus saja anda menggosokkan ke muka anda.Biarkan selama beberapa minit untuk pati daun sireh menyerap ke dalam kulit wajah.

Kemudian basuh apabila sudah agak lama dan anda lihatlah hasilnya nanti.amalkan setiap hari untuk mendapatkan wajah yang licin dan berseri.

Saturday, December 27, 2008

Legakan Demam Panas


Ambil beberapa tangkai pucuk daun bunga raya muda dan sedikit air suam. campurkan bahan tersebut menjadi satu, ramas sehingga air suam tadi menjadi seperti lendir. lumurkan lendir bunga raya ke kepala sehingga rata kemudian bungkus dengan tuala dan biarkan semalaman. Esoknya dicuci semasa mandi , Insya-allah demam panas akan sembuh.

Friday, December 26, 2008

Sembuhkan kayap


Bagi yang dijangkiti kayap jangan dibiarkan berlarutan,anda boleh mencuba petua ini. Ambil segenggam beras dan daun bunga raya, beras direndam semalaman kemudian toskan airnya supaya kering. Tumbuk beras dan daun bunga raya sehingga hancur kemudian tampalkan pada kayap. Amalkan selalu!!!

Kicap Penawar Batuk



Untuk menghilangkan batuk cubalah petua ini, ambil sesudu kicap dan sehiris limau nipis. Perahkan limau ke atas kicap kemudian minum, ulang sehingga batuk anda hilang.

Petua langsing



Ada petua mudah dan murah untuk melangsingkan badan. Ambil 2 batang lobak merah dan sebatang timun lalu diparut dan perah airnya. Parutan itu dicampurkan sebiji air limau nipis dan bancuh sehingga sebati kemudian minum 2 kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.

Wednesday, December 24, 2008

Haid Tidak Teratur


Ambil 3 biji limau purut, 11 biji bunga cengkih dan tawas sebesar jari telunjuk. rebus semua bahan bahan ini sehingga mendidih dan setelah dingin minumlah airnya sebanyak 3 kali sehari ketika tiba masa haid. Insya-allah haid anda akan teratur pada bulan berikutnya.

Hilangkan bau kaki


Perahkan sebiji limau nipis ke dalam bekas yang dicampurkan bersama satu sudu cuka makan. Ambil kapas muka kemudian celup kedalam bahan tadi, gosok pada bahagian kaki dan kuku. Hasilnya dapat menghilangkan bau kaki dan juga mencantikkan kuku.

Tuesday, December 23, 2008

Hilangkan Gatal Pada Vagina



Bagi mereka yang mengalami masalah keputihan tentunya berasa tidak selesa pada bahagian vagina. Selain mengeluarkan bau yang tidak enak, ia juga menyebabkan kegatalan. Bagi mengurangkan masalah ini, cubalah rebus 7 helai daun sirih dan segenggam cengkih. Gunakan air rebusan ini untuk mencuci vagina setiap kali membuang air. amalkan selalu sehingga anda nampak hasilnya.

Khasiat Air Beras

Setelah membasuh beras, air tersebut jangan dibuang kerana ia mempunyai khasiat yang berguna. Bagi anda yang mengalami tekanan darah tinggi, air basuhan beras yang pertama boleh diminum untuk mengurangkan tekanan darah. Minumlah sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, manakala air basuhan beras yang kedua pula boleh digunakan untuk membasuh muka agar kulit muka lebih licin dan lembut. Basuh muka setiap kali anda membasuh beras sambil berselawat dan amalkan sepanjang masa.

Khasiat Daun Sirih


Sirih banyak keistimewaan dalam kehidupan kita, ianya boleh menghilangkan dan mengharumkan bau badan dan mulut. Minum air rebusan daun sirih dan direbus bersama asam keping, campurkan gula batu jika mahu. Ia juga boleh menghilangkan keputihan dan kegatalan pada faraj, Untuk menaikkan seri wajah, bilas wajah setiap pagi dengan air rebusan sirih dan ia juga mampu membunuh bakteria dan mengelakkan wajah dari berjerawat. Selain itu sirih juga boleh menegangkan payudara yang kendur. Ambil 2 helai daun sirih dan letakkan pada payudara dan ia boleh dipakai bersama baju dalam sepanjang hari. Anda akan dapat alami perubahannya sendiri.

Wajah Bersih Bersinar


Ambil 1 sudu teh susu tepung dan campurkan dengan air perahan limau kasturi. Sebatikan dan sapu pada wajah seperti memakai masker, biarkan selama 15 hingga 20 minit kemudian lap dengan tuala suam. Anda pasti dapat rasai wajah anda bersih dan tegang.

Penawar Demam Dan Bisul


Untuk memulihkan demam, ambil 2 ubi kayu lalu diparut. Selepas itu tampalkan di dahi dan di perut kemudian balut dengan kain bersih dan biarkan ubi kayu tersebut kering. Lakukan 2 atau 3 kali sehari, Insya-allah demam akan kebah. Begitu juga jika anda mengalami bisul, tampalkan parut ubi kayu ini pada keliling bisul dan biarkan kering. Lakukan sekerap yang boleh Insya-allah bisul cepat sembuh.

Monday, December 22, 2008

Jika Sakit Gigi



Ambil sedikit Kunyit hidup dan gigit, pastikan air kunyit keluar dan kena pada bahagian gigi yang sakit itu. Biarkan selama beberapa minit, ini akan membuatkan gigi yang sakit itu berasa kebas tetapi itu petanda baik. SELAMAT MENCUBA!

Bersihkan Sawang

Untuk membersihkan dan menghilangkan sawang, ambil kayu penyapu kemudian ikat dengan kain yang telah direndam minyak tanah, bersihkan sawang seperti biasa. Cara ini memudahkan kerja-kerja membersihkan.

Atasi Rabun Malam


Jika anda mengalami masalah rabun malam, ia boleh diatasi dengan memakan lobak merah setiap hari sebanyak sebatang sama ada dibuat ulam atau sebagainya. Amalkan setiap hari Insya-Allah anda dapat mengatasi masalah ini.

Halia Hilangkan Kelemumur



Tumbuk halia sehingga lumat dan campurkan bersama air suam, kemudian ratakan ke seluruh kepala terutama bahagian yang berkelemumur. Anda akan terasa sedikit pedih kesan dari air halia tetapi jangan risau. Amalkan amalan ini seminggu sekali Insya-Allah hasilnya amat memuaskan.

Inginkan Tumit kaki Cantik

Jika anda mengalami tumit kaki yang kasar dan pecah, anda boleh merawatnya dengan mengambil sedikit gambir yang telah dihancurkan kemudian campurkan dengan sedikit air ramasan daun sirih. Sapukan pada tumit kaki yang pecah dan kasar tadi dan lakukan 2 kali sehari selama tiap-tiap hari sehinggalah tumit kaki anda kembali halus. SELAMAT MENCUBA!

Hilangkan Parut Bekas Cacar Air


Ambil beberapa batang putik jagung muda kemudian parut sehingga halus dan gosokkan pada bekas cacar air dimuka dan badan anda setiap hari sehinggalah kesannya hilang. Insya-allah cara ini amat berkesan.

Atasi Demam Panas



Untuk mengatasi demam panas, ambil 3 helai daun sirih kemudian ramaskan ke dalam semangkuk air panas bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan. Jaramkan pada kepala dan lakukan beberapa kali sehingga panas berkurangan.

Hilangkan hanyir Ikan Air tawar


Ikan air tawar selalunya hanyir dan ia jarang sekali menjadi pilihan suri rumah untuk membelinya kecuali pada yang benar-benar berminat. Untuk menghilangkan hanyir itu, ambil 10 helai daun jambu batu dan ramas ke dalam semangkuk besar air. Rendam ikan tadi ke dalam air daun jambu tadi selama 30 minit sebelum dicuci dan dimasak seperti biasa.

Tanggalkan Kerak hangus


Kuali aluminium yang mempunyai kerak hangus di dasarnya memang amat sukar ditanggalkan, apatah lagi jika ia terlalu tebal walaupun direndam semalaman. Masalah ini boleh diatasi dengan cara menaburkan garam diatas kerak hangus tadi , kemudian basahkan dengan cuka makan, biarkan semalaman dan gosok dengan berus plastik.

Agar Daging Dan Kentang Empuk


Jika ingin daging atau kentang yang anda masukkan dalam gulai masak dan empuk dengan sempurna tanpa menunggu masa yang lama, cuba petua ini. Jangan masukkan garam pada awal masakkan sebaliknya masukkan garam apabila daging atau kentang tadi masak, ini untuk memastikan daging dan kentang tadi masak dan empuk dengan sempurna.

Sunday, December 21, 2008

Buah Tembikai Segar Dan Enak


Bagi menikmati keenakan buah tembikai dan untuk mengelakkan dari sebarang alahan yang mungkin dialami, rendamkan terlebih dahulu buah tembikai ke dalam sebaldi air selama 5 hingga 6 jam sebelum dipotong. Setelah itu barulah dipotong dan dimakan,Insya-allah buah akan terasa lebih segar.

Buah Tembikai Segar Dan Enak

Hilangkan Bau Hanyir Ikan


Untuk menghilangkan lendir dan bau hanyir ikan, sapukan ikan yang telah disiang dengan asam jawa dan sedikit air. Biarkan seketika dan kemudian cuci ikan tersebut, taburkan tepung gandum,ramas dan biarkan seketika kemudian cuci sekali lagi dengan air bersih.

 
Blogger Templates by Wishafriend.com